Kisah rumah kena serbu KPDNKK akibat menjual produk kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan.
KRONOLOGI PENYAMARAN KKM / KPDNKK
Pukul 9.50 pagi, ada perempuan bagi salam. Buka pintu… Saya : Ye ? Ada wasap nak barang ke kak ?
Perempuan : Ye kak…saya yang nak order Vietnam Mask tu. Saya : oh…akak nak berapa ye?
Perempuan : Boleh tak nak tengok² barang lain sekali ?
Saya : Datang dengan siapa ? Kerja mana ? Perempuan : Saya seorang jer. Tak kerja… (Sambil tengok dekat luar, tak ada siapa², ambik kunci dan buka pagar macam biasa sebab customer biasa COD dekat rumah)
DALAM RUMAH
Perempuan : Vietnam Mask memang elok ke ? Ada mask lain tak ? Saya : Ada Shiesedo, Gold Mask 24k…(Sambil amik mask).
Perempuan : Akak ada jual injection tak ? Saya : Tak ambik la, if ada permintaan baru kita orderkan untuk customer.
Perempuan : Vietnam Mask ni ada KKM tak ? Saya : Vietnam Mask kan tampal untuk buang Whitehead je…perlu ke KKM ? Lagipun bukan produk makan kan…
TERUS PEREMPUAN TERSEBUT KELUARKAN KAD TAG DIA. Saya dari KKM / KPDNKK.
Terima laporan puan ada menjalankan perniagaan dari rumah. Boleh tengok sijil SSM Puan ? Terus 5-6 orang yang lain masuk rumah, entah dari mana diorang menyorok sebelum ni.
Terus ketar lutut… SSM dah tahun ke 4. Kebanyakan produk tempatan. Pukul 1 tengahari lebih baru selesai (4 Jam). Apa lagi nasib lepas ni tak tahu lah…
Saya ni meniaga pun kecik² jer. Tahap ikan bilis celah gigi pun belum lepas. Kumpul modal meniaga…bukan jual barang terlarang, supplement macam Olicandy, Nikko Placenta, Aurora sx, Aurora Kapsul, Zofea Free Pill…dekat kedai² bersepah jual. Pemborong besar kat GM, kenanga boleh pulak bebas meniaga…
Sabarlah dugaan kecil macam ni. Pengajaran untuk diri sendiri, jangan mudah bagi orang masuk tengok barang. Jangan mudah amik stok.
Belum tentu produk keluar masuk TV tu lulus KKM Panjang lagi ni nak citer luahan hati…Mmm, tapi cukup la takat ni… SEKIAN. Ditulis Oleh Shuhada Shaiful
Sumber MyNewsViral
Komen: Bukan dengki agaknya tapi mungkin ada yang marah kerana produk tidak berkesan malah lebih teruk mencacatkan wajah pengguna! – MRM
0 comments:
Post a Comment