Sudah lali dengan komen negatif, Che Ta bagaimanapun menganggap tidak salah untuk beliau menikmati segala kemewahan yang beliau ada jika berkemampuan. Tambahan pula, beliau sudah bekerja keras untuk hidup lebih selesa.
Perumpamaan ukur baju di badan sendiri itu kena dengan diri saya. Jadi tidak salah kalau saya berbelanja mewah jika semua itu mengikut kemampuan saya.
Berbaju sedondon setiap kali bercuti ke luar negara bersama keluarganya, itu juga boleh dijadukan isu oleh sesetengah pihak dan tidak dinafikan menjadi mangsa ejekan. Buat Che Ta, beliau hanya ingin segalanya kelihatan sempurna.
Tidak salah juga kalau saya mengetengahkan konsep sedondon dengan anggota keluarga pada setiap percutian kerana itu juga pilihan saya.
Hinggakan terpaksa mengemas baju seharian untuk memastikan tema pakaian kami anak beranak semuanya sama juga saya tak kisah. Sebab kalau kita mahu semuanya sempurna maka seseorang itu perlu berkorban. Yang penting adalah kepuasan diri. " ujar Che Ta memetik Utusan Online
Tag : Ahli Perniagaan , Berita Artis , Fesyen Tudung , Pelakon , Rozita Che Wan , Shopping
0 comments:
Post a Comment