KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan sehingga Ahad ini di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
Manakala amaran ribut petir menyeluruh yang berlaku di perairan Johor Barat dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat malam tadi.
Kenyataan itu berkata, turut mengalami aktiviti ribut petir ialah di perairan Phuket, Selat Melaka Selatan dan Bunguran yang dijangka berterusan juga
sehingga lewat malam hari ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu. - Bernama
0 comments:
Post a Comment