loading...

Tuesday, 29 December 2015

Punca Sebenar Lelaki Ini Mengamuk Besar Di Bangunan JPJ. Siapa Tak Mengamuk Kena Macam Ni !


Video seorang lelaki berusia lingkungan lewat 30'an mengamuk di bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebar di laman sosial. 

Video berdurasi 6 minit itu telah ditonton sebanyak 141,739 di Facebook dan 4,000 shares di laman yang sama. 



Menurut lelaki berkenaan, kereta miliknya telah disita oleh JPJ pada 2001 atas kesalahan pengubahsuaian enjin yang tidak dibenarkan. 

'Bila saya nak renew roadtax, datang ke JPJ dan mereka kata tak boleh. Puncanya? Mereka juga tak tahu dan menyuruh saya pergi ke balai. Balai pula kata tak ada masalah. Datang semula ke JPJ, turun naik turun naik dari jam 11 pagi sehingga 4 petang. 

"Akhirnya saya dimaklumkan bahawa punca sebenarnya roadtax kereta saya tidak dapat direnew kerana kereta saya yang telah dilupuskan pada tahun 2001 masih berada di atas jalan raya.

"JPJ yang menyita kereta saya dan sepatutnya kereta itu dilupuskan serta merta dan clearkan nama saya. Tetapi JPJ tidak berbuat demikian," katanya. 

"Macam mana JPJ boleh keluarkan kereta ini balik sedangkan ia telah disita pada tahun 2001 dan sepatutnya telah dilupuskan? Saya mempunyai maklumat individu yang memandu kereta ini dan saya telah memohon Pengarah JPJ cawangan berkenaan menahan individu tersebut, namun mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada kuasa. Tanya polis, pun tak ada kuasa. Jadi siapa yang ada kuasa? 

"Kalau kereta ini dia guna untuk bawa dadah ke, apa ke, polis akan menangkap saya dan masukkan dalam lokap selama 14 hari. Siapa nak duduk dalam lokap 14 hari? Apa JPJ buat? Ini berkaitan dengan soal nyawa saya. 

"Sudahlah kereta disita pada tahun 2001, bayaran kereta sebanyak RM78,000 pula saya terpaksa bayar pada pihak bank dan kini JPJ pula menimbulkan masalah ini yang menyebabkan saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan? JPJ buat apa?" katanya.

JPJ sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

2 comments:

  1. STOP CORRUPTION! MEREKA YANG MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH MEMANG GOLONGAN BANGSAT!

    ReplyDelete
  2. Tumpang simpati dengan beliau.....birokrasi pekerja2 makan gaji yang rasa pangkat atas bahu tu boleh pakai sampai syurga.

    ReplyDelete

loading...
loading...