Menulis kapsyen, “Dia telah mengikat rambut anaknya di troli dan mengheretnya di pasar raya. Saya dengar anaknya merayu kepada bapanya, “tolong lepaskan saya, saya janji takkan buat lagi, tolong.”
“Lepas nampak insiden itu, saya terus ambil gambar dan kemudian tegur lelaki tersebut supaya lepaskan ikatan rambut budak tu. Dia kemudian cakap dengan saya, jangan kacau urusan orang lain,” katanya.
Secara kebetulan terdapat seorang pegawai polis di tempat kejadian, yang memberitahu dia tidak boleh masuk campur memandangkan budak itu tidak tercedera dan tiada sebarang kesan penderaan terhadapnya.
Polis itu turut menambah lelaki terbabit turut mempunyai hak untuk mendisplinkan anaknya sendiri.
Walau bagaimanapun, Jabatan Polis Cleveland mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.
0 comments:
Post a Comment