Mungkin pengakuan ini dilakukan selepas Azrel Ismail tidak tahan melihat Ruhainies dikaitkan dengan Dato’ Red. Iyerlah, selama ini bercinta tup-tup timbul gosip Ruhanies sampai dah kahwin dengan Dato’ Red, tak ke panas hati? Kalau mengaku dari awal senang habis cerita. Tak adalah orang luar nak fikir bukan-bukan. Tapi biasalah artis-artis Malaysia, selagi boleh mesti nak sorok. Kata Azrel:-
Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu. Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar.Lama-kelamaan hubungan inimenjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini
Ruhainies juga turut sama membuat pengakuan tentang hubungan mereka. Untuk makluman, Azrel Ismail berusia 31 tahun sementara Ruhainies pula 24 tahun. Kata Ruhainies:-
Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT
0 comments:
Post a Comment