loading...

Friday, 9 September 2016

Nazim Othman Sah Nikah Bersama Bella Dally

Kota Kinabalu : Pasangan pelakon, Nazim Othman, 32, sah bergelar suami kepada Bella Dally, 25, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Promenade di sini, 9.53 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan Pegawai Agama Istana Negeri, Ustaz Imbran Angun dengan sekali lafaz dalam majlis yang dihadiri keluarga, rakan terdekat dan pihak media.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta tujuh dulang dan dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Sejurus selepas selesai pernikahan, pasangan itu turut mengadakan majlis persandingan.

Sementara majlis sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 17 September depan bertempat di Johor Bahru, Johor.

Nazim dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015 selepas bercinta selama hampir empat tahun.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...