loading...

Tuesday, 5 July 2016

Nak Kurus Tak Salah, Tapi 5 Cara Diet Ini Boleh Jejaskan Susu Badan Anda

“Aduh, ‘tension’ betul bila tengok perut yang menggeleber ni. Bila agaknya badan boleh kurus balik ya? Nak diet takut jejaskan susu badan pula. Apa agaknya cara diet untuk ibu menyusu yang boleh diamalkan ya?”

Selepas bersalin, ramai wanita yang akan berasa kurang yakin dengan bentuk badan mereka. Namun, ada juga yang teragak-agak untuk berdiet kerana sedang menyusu badan.

Malah, ada yang menggembar-gemburkan keburukan diet kerana dikhuatiri proses penghasilan susu badan akan tersekat. Benarkah begitu?

Jadi, bagaimana cara diet untuk ibu menyusu sebenarnya?

makanan ibu menyusuFoto Kredit: motherhow.com

Ibu Yang Menyusu Badan Lebih Mudah Turun Berat Badan

Sebenarnya, proses menyusu badan adalah cara yang paling ideal untuk ibu mengurangkan berat badan selepas bersalin, sekaligus mengembalikan bentuk badan asal.

Ini kerana, proses menyusu badan akan membakar kalori sekitar 300-500 kalori setiap hari. Selain itu, penjagaan anak juga akan menjadikan wanita lebih aktif dan banyak bergerak.

Apa yang penting, kalori tambahan yang diambil itu perlulah datang daripada sumber makanan yang berkualiti. Seperti yang dipetik daripada laman web Kevin Zahri:
“Pastikan adanya sumber fiber dan protein yang mencukupi. Ini akan membantu anda kawal nafsu makan.”

Dalam pada itu, janganlah pula terlalu taksub sehingga mengamalkan cara diet yang berlebihan dan tidak sesuai seperti 5 cara di bawah ini.

menyusu badanFoto Kredit: bellybelly.com.au

5 Cara Diet Untuk Ibu Menyusu Yang Menjejaskan Penghasilan Susu Badan

Berikut adalah cara diet untuk ibu menyusu yang tak sesuai diamalkan.

1. Turun berat badan dengan drastik

Dalam apa keadaan sekalipun, anda perlu realistik dalam mencapai impian menguruskan badan.

Jangan melakukan sebarang rejim yang melampau sehingga terpaksa berlapar dan tidak bertenaga. Keadaan ini bukan saja boleh mengganggu penghasilan susu badan, malah berpotensi menjadikan anda kurang bertenaga dan stres untuk menjaga anak kecil.

Menurut pakar, diet yang sihat adalah penurunan 2-3 kg sebulan.

tanda kehamilan kembarFoto Kredit: marycrimmins.com

2. Mengelakkan kumpulan makanan tertentu

Sesetengah jenis fasa diet dalam diet Atkins yang popular diperkatakan sekarang adalah tidak sesuai, terutamanya bagi ibu yang sedang menyusu bayi bawah 6 bulan.

Ini kerana terdapat fasa dalam diet Atkins tersebut mengehadkan pengambilan beberapa jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, bijian atau bijirin, produk tenusu serta buah-buahan.

Perlu diingat, ibu menyusu perlu mengambil makanan seimbang untuk memastikan bayi tidak mengalami kekurangan nutrisi tertentu, lebih-lebih lagi bayi yang begantung kepada susu badan sepenuhnya.

Jadi, jika anda berhasrat untuk menjalani diet ini, pastikan anda mengenalpasti fasanya yang sesuai.

kurangkan stretch markFoto Kredit: healthyfoodhouse.com

3. Diet ‘mengejut’

Pengambilan kalori yang berkurang secara tiba-tiba atau diet ‘mengejut’ ini boleh menyebabkan susu badan turut berkurang.

Respon ini berlaku disebabkan proses ‘berlapar’ yang menjadikan tubuh anda mengurangkan penghasilan tenaga seperti penghasilan susu badan.

Cara diet yang betulFoto Kredit: playbuzz.com

4. Pengambilan herba atau produk detoks

Pengambilan sebarang jenis ubat kurus, atau produk detoks adalah tidak digalakkan untuk ibu mengandung mahupun yang sedang menyusu badan.

Apabila anda mengamalkan detoks, tubuh anda akan bekerja untuk membuang toksin melalui penghasilan berpeluh, air kencing, dan penghasilan najis.

Ketiga-tiga aktiviti ini boleh membawa kepada dehidrasi sehingga menjejaskan kualiti susu badan atau mungkin menyebabkan susu berhenti sama sekali.

Foto Kredit: michelle-graves.comFoto Kredit: michelle-graves.com

5. ‘Skip’ waktu makan

Tiada sebab anda patut ‘skip’ waktu makan sekadar untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Malah, tindakan ini boleh menjadikan anda lebih mudah patah semangat atau ‘mengidam’ makanan yang tidak berkhasiat.

Seelok-eloknya, kurangkan saiz hidangan dan ambillah snek sihat di antara waktu makan tersebut untuk mengelakkan lapar. Antara snek yang terbaik adalah daripada sumber buah-buahan kering dan kekacang.

Usahakan minum segelas dua air putih semasa atau selepas selesai menyusukan bayi supaya anda tidak terburu-buru mencapai coklat atau ‘junk food’.

Diet untuk ibu menyusuFoto Kredit: moderndayqi.com

Ibu menyusu perlu bijak mengatur diet

Sebenarnya, jika anda aktif melakukan kerja rumah saja sudah cukup untuk membakar lebihan kalori tersebut. Malah, membawa bayi bersiar-siar dengan mendukung atau menolak ‘stroller’ juga dapat membakar kalori. Tak perlu fikirkan tentang gym!

Selain itu, ubahlah pemakanan secara perlahan-lahan dan kreatif seperti mengubah resepi dengan mengurangkan gula, garam, minyak atau lemak. Dengan ini, tubuh anda akan dapat menyerap kalori yang berkualiti.

Anda juga boleh ‘menukar’ menu makanan biasa dengan makanan sihat seperti membuat ‘smoothies’ daripada buah dan susu segar apabila rasa teringin makan aiskrim. Sedap juga kan?

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...