loading...

Wednesday, 9 November 2016

Atu Zero selamat timang anak, jantinanya..

Pada: Khamis, 10 November 2016
Anak Artis, Atu Zero, Berita Artis, Bersalin, Gambar Artis, Pelawak,
Isteri Atu Zero selamat menimang cahaya mata pertama mereka, pukul 9 pagi semalam (Rabu) di Klinik Bersalin Razif, Klang.

Atu berkata isterinya, Shafeeqa Johari, 30 melahirkan puteri sulung mereka melalui pembedahan.

“Alhamdulillah, isteri dan bayi kedua-duanya sihat. Isteri saya mengadu sakit perut petang semalam dan saya terus bawa dia ke klinik bersalin.

“Pukul 3.45 petang Eqa terus dimasukkan ke wad, cuma dia kena tinggal di hospital untuk beberapa hari kerana bersalin menerusi pembedahan dan perlu dipantau, mengikut prosedur biasa,”

“Doktor cakap ‘orang putih’ ketika dia beritahu Eqa akan dibedah. Panik saya sekejap kerana tak faham. Nasib baik doktor Melayu, kalau ‘mat saleh’ langsung tak faham,” kata Atu Zero memetik portal AstroGempak

Tag : Anak Artis , Atu Zero , Berita Artis , Bersalin , Gambar Artis , Pelawak

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...