loading...

Tuesday, 5 July 2016

Tak Perlu Berlapar, 7 Makanan Ini Dapat Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

“Musim perayaan macam ini, susah betul nak kawal makan. Ada saja makanan yang sedap-sedap, undangan ‘open house’ sana sini. Takkan nak pergi dan tengok saja makanan tu. Apa jenis makanan menurunkan berat badan ya?”

Walaupun baru lepas berpuasa selama sebulan, memang susah nak kekalkan momentum diet apabila dihidangkan pelbagai makanan yang istimewa di bulan perayaan.

Rugilah sebab masa berpuasa tempoh hari dapat juga kurangkan berat badan walaupun 1-2 kilogram. Masuk hari raya, musnah semua rancangan diet!

Jadi, apa kata anda banyakkan makan 7 makanan menurunkan berat badan ini. Makan banyak pun takkan rasa bersalah, kerana ia tidak menambahkan kalori mahupun saiz pinggang anda. Malah, membantu untuk mengembalikan bentuk badan yang unggul. Mesti cuba tau!

makanan menurunkan berat badanFoto Kredit: watchfit.com

7 Makanan Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat. Ada Bukti Saintifik!

Berikut adalah 7 makanan menurunkan berat badan dengan cepat.

1. Telur

Eh, ingatkan telur ini sering dikaitkan dengan kandungan kolesterol yang tinggi?

Sebuah kajian yang telah dijalankan ke atas 60 wanita yang obes membuktikan memakan telur untuk sarapan pagi lebih cepat mengurangkan berat badan berbanding roti bagel.

Bukan itu saja, saintis menemui bahawa hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan sudahpun terdapat dalam kuning telur.

Menurut penemuan baru tersebut, ia sama sekali menyingkirkan segala mitos yang mendakwa telur sebagai punca darah tinggi atau kegemukan.

petua rebus telur tak pecahFoto Kredit: merci-mama.com

2. Sup

Apa saja jenis makanan yang mengandungi kandungan air tinggi, seperti sup, dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan.

Saintis mendapati bahawa apa saja makanan yang dijadikan sup akan menjadikan makanan tersebut lebih cepat mengenyangkan. Hasilnya, kita akan makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.

Foto Kredit: romancingthestoveblog.wordpress.com http://ift.tt/29oQiSPFoto Kredit: romancingthestoveblog.wordpress.com

3. Avokado

Buah avokado adalah sejenis buah yang sangat unik.

Mana tidaknya, buah ini memiliki begitu banyak kandungan ‘lemak sihat’ seperti yang ditemukan dalam minyak zaitun.

Ini menjadikan buah avokado sebagai pelengkap terbaik dalam salad yang dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Avocado.

4. Cuka epal

Pengambilan 15-30ml cuka epal atau ‘apple cider vinegar’ setiap hari membantu menurunkan sekurang-kurangnya 1.2-1.7 kg berat badan dalam masa 12 minggu.

Selain itu, cuka epal ini membantu menurunkan paras gula dalam badan, lalu menjadikan anda lebih sihat dalam jangka masa panjang.

Selain menambah ke dalam makanan atau salad, cara paling mudah mengambilnya adalah dengan mencampurkan cuka epal ini ke dalam air kosong untuk diminum.

sakit gastrik apple ciderFoto Kredit: popsugar.com.au

5. Cili

Berita baik untuk anda yang gemarkan makanan pedas!

Cili didapati mengandungi capsaicin yang dapat mengawal selera serta meningkatkan proses pembakaran lemak.

Buktinya, capsaicin juga menjadi salah satu ramuan dalam makanan menurunkan berat badan seperti suplemen diet.

Cili yang segar antara ramuan Maggi

6. Yogurt asli

Yogurt selalu dikaitkan dengan kesihatan perut. Namun, tahukah anda apa kaitannya dengan menurunkan berat badan?

Apabila perut anda sihat, ia dapat melindungi tubuh anda daripada merembeskan hormon leptin yang dipercayai menyebabkan obesiti.

Sebab itulah anda digalakkan memakan yogurt bagi yang sedang diet. Anda juga boleh menggantikan santan dalam masakan dengan yogurt sebagai alternatif yang lebih sihat.

Tapi, pastikan anda memilih yogurt kurang lemak atau kurang manis ya!

makanan menurunkan berat badan

7. Buah-buahan dan sayuran

Seperti yang kita tahu, semua jenis sayuran dan buah-buahan dapat membantu melawaskan sekaligus menjadi agen nyahtoksin yang baik untuk badan.

Dalam banyak-banyak sayuran dan buah-buahan, beberapa jenis yang telah dibuktikan secara saintifik adalah sayuran berdaun hijau, sayuran jenis kubis, buah oren, limau nipis, dan juga ‘grape fruit’.

Salah satu cara paling ‘simple’ untuk anda diet adalah dengan memerah limau nipis pada makanan anda seperti nasi berlauk atau mi goreng.

Selain itu, buatlah jus, ‘smoothies’, salad, tambahkan dalam masakan, atau makan begitu saja. Memang sedap kan?

makanan menurunkan berat badan

Banyakkan minum air kosong!

Selain makanan menurunkan berat badan di atas, jangan lupa amalkan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari.

Ternyata, sebuah kajian di Tokyo mendapati saiz pinggang mereka yang mengamalkan pengambilan air kosong yang secukupnya adalah lebih kecil serta BMI yang lebih rendah.

Oleh itu, amalkan pengambilan makanan di atas sama ada secara berasingan mahupun dicampur dengan beberapa lagi makanan kegemaran anda. Berkesan!

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...