Skip to content
loading...
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, 15 April 2016

Waris peserta program JCM pertahan KJ

 Waris peserta program JCM pertahan KJ
Khairy menghargai komen yang diberikan oleh Azizah.
SHAH ALAM – Ketika banyak pihak menghentam Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penganjur program Junior Cycling Malaysia (JCM), seorang pengguna Facebook tampil dengan kenyataan berbeza.

Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook, seorang netizen, Azizah Yahya yang merupakan waris kepada salah seorang peserta bagi kategori bawah 9 tahun yang memenangi pertandingan tersebut dilihat mempertahankan tindakan JCM.

“Semalam kecoh 1 Malaya pasal hadiah wang itu. Macam-macam komen tapi banyak negatif dari yang positif. Chill lah. JCM ni untuk cari pelumba berbasikal cilik sebagai pelapis negara sebab persatuan sedia ada seperti kurang peranan atau lupa objektif persatuan.

“Program ini samalah juga dengan program Pembangunan Bola Sepak Negara di bawah Lim Teong Kim yang bersaing dengan kelab-kelab hebat, yang bila menang semua orang puji bagai nak rak tu. Siap puji KJ melambung-lambung lagi,” tulisnya.

Sebagi ahli keluarga kepada salah seorang peserta, Azizah memaklumkan bahawa program tersebut adalah merupakan pendedahan awal yang tidak ternilai kepada peserta dan bukannya disebabkan oleh kepentingan wang.

Azizah berkata, bajet bernilai RM2 juta bagi penganjuran tujuh ke lapan siri program berbasikal JCM tersebut adalah agak kecil memandangkan ia melibatkan pelbagai kos lain termasuk kos logistik.

“Susun atur ketika penganjuran program berkenaan sangat berbeza berbanding sebelum ini. Lagipun ini pertama kali buat JCM. Kira ok lah,” tulisnya.

Walaupun berlaku sedikit kekeliruan semasa pengumuman pemenang bagi kategori yang dipertandingkan oleh anaknya, Azizah memaklumkan bahawa pihak urus setia sangat memberi kerjasama dan memperbetulkan kesilapan tersebut.

Dalam pada itu, kemas kini status Azizah tersebut turut mendapat perkongsian daripada Khairy.

Menurut Khairy, pihaknya amat menghargai komen yang diberikan oleh Azizah tersebut dan menganggapnya sebagai pembakar semangat untuknya meneruskan program pencarian bakat selepas ini.

“Komen anda sangat bermakna dan saya berharap anak anda mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan berbasikal,” tulisnya.

Tuesday, 1 March 2016

D'Herbs hampir pasti taja Kedah


ALOR SETAR: Juara Liga Perdana 2015, Kedah semakin hampir mendapatkan syarikat D'Herbs Healthy Sdn Bhd sebagai penaja pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. 

Pengasas syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilakukan baru-baru ini. 

"Hampir 99.9 peratus kita bersetuju untuk menaja skuad Lang Merah, cuma masih menunggu beberapa perkara yang belum diputuskan KFA. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat kepada KFA seperti jersi atau cat stadium. 

"Jika KFA putuskan dalam masa terdekat, kita akan selesaikan proses penajaan bagi merancakkan lagi industri bola sepak negeri ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan antara Kedah dan Kelantan, di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi. 

Kedah menang 2-1 ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super menerusi gol pemain import, Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd Syafiq Ahmad sembilan minit sebelum perlawanan tamat, selepas Indra Putra Mahayuddin membuka jaringan untuk pelawat pada minit ke-29. 

Aliff berkata beliau memilih pasukan itu kerana kagum dengan semangat dan perpaduan dalam kalangan penyokongnya yang datang dari seluruh pelosok negeri bagi menyokong pasukan mereka. 

Ditanya mengenai laporan beliau membatalkan hasrat menaja Kedah selepas krisis pertukaran Menteri Besar baru-baru ini, Aliff mengakui perbincangan itu terhenti seketika sebelum KFA kembali melakukan rundingan berhubung penajaan berkenaan. 

Aliff berkata perbincangan bersama KFA menerusi Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan hampir dua bulan sebelum krisis pertukaran jawatan itu berlaku, sehingga ada yang mengatakan beliau membatalkan hasrat tajaan tersebut. 

Mengenai tagline 'terlajak gol' setiap kali pasukan itu melakukan jaringan, Aliff berkata perkara itu bergantung kepada KFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada membenarkannya atau tidak. 

"Memang hasrat saya untuk pemain kata terlajak gol tetapi kalau perkataan itu macam kelakar dan menjejaskan reputasi bola sepak negara ini mungkin ia tidak perlu digunakan," katanya. 

Aliff berkata apa yang diharapkannya ialah mahu melihat pasukan tajaannya mempamerkan aksi lebih baik setiap kali perlawanan dan dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

"Tujuan saya yang mengusahakan syarikat kosmetik menaja pasukan hanya untuk memeriahkan industri bola sepak di negara ini yang agak suram sebelum ini," katanya.

Sunday, 21 February 2016

Devan akui bahagian depan pincang

PENYERANG Kelantan, Dramane Traore (kanan) diasak oleh pemain
PENYERANG Kelantan, Dramane Traore (kanan) diasak oleh pemain UKM dalam perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 1-0. BERNAMA
KOTA BHARU - Kemenangan tipis 1-0 Kelantan ke atas UKM FC dalam pusi­ngan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin mendedahkan ke­pincangan yang wujud dalam pasukan dibimbing K. Devan itu.

Tanpa berselindung Devan mengakui Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) masih perlu memantapkan bahagian serangan dan memerlukan masa untuk membentuk gandingan lebih ampuh.

“Jentera serangan Kelantan agak tumpul dan saya akui perkara ini, lagi pun Dramone Traore dan Blahze Ilijoski baharu sahaja digandingkan dalam beberapa perlawanan dan memerlukan masa untuk membentuk persefahaman mantap.

“Nak siapkan sebuah pa­sukan mantap memerlukan sedikit masa terutama daripada aspek persefahaman, serangan dan pertahanan tetapi jika prestasi di atas ke­rtas diambil kira Kelantan sudah ada pemain yang cukup baik musim ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelantan terpaksa me­nunggu hingga minit ke-83 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi pemain dari Macedonia, Ilijoski yang menanduk bola hantaran Wan Zack Haikal Wan Noor.

Devan memberitahu, dia akan terus berusaha membentuk persefahaman mantap antara pemain dari Mali, Troare dengan Ilijoski untuk memastikan kedua-dua pemain itu mampu memberikan sengat kepada jentera sera­ngan pasukan.

Katanya, bagaimanapun semua itu bergantung kepada kesungguhan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pemain berkenaan sepanjang sesi latihan.

Mengulas mengenai kemenangan tipis itu, katanya, keputusan yang dilakar oleh barisan pemainnya tidak memberikan gambaran sebenar kepada perlawanan.

Bagaimanapun dia lega apabila Kelantan menang dan melangkah ke pusingan ketika dalam saingan Piala FA musim ini.

“Saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pemain, kami menguasai sebahagian besar permainan dan berjaya menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Dari segi pertahanan pun saya berpuas hati, tetapi keadaan padang tidak mengizinkan kami membuat hantaran-hantaran pendek dan hantaran satu-dua. Permukaan padang yang keras dan tidak rata menyebabkan bola banyak melantun,” katanya.

BERSEDIAKAH KELANTAN UNTUK BERDEPAN KEDAH?

bersediakah-kelantan-untuk-berdepan-kedah

Saingan Piala FA semakin rancak dengan undian pusingan ketiga menghangatkan lagi perebutan untuk mara ke peringkat seterusnya.
Apa yang pasti, cabaran yang bakal dihadapi cukup menarik tatkala ada sebahagian daripada mereka yang masih mencari rentak di awal musim ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti pertembungan juara Piala FA tiga kali, Kedah dengan juara dua kali Kelantan. Namun apakah Kelantan mampu hadirkan tentangan yang dijangka, di sebalik prestasi kurang menyengat dalam saingan Liga Super sekalipun menerima suntikan dana dan wajah baru?

Juga jadi tumpuan, juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Negeri Sembilan di laman keramat Larkin.

Tidak lupa, apakah rentetan kecemerlangan Felda United yang berjaya raih rekod kemenangan bersih untuk menghuni takhta Liga Super ketika ini mampu diteruskan berdepan PKNS nanti?

Sementara itu, juara lima kali, Selangor pula bakal berkunjung ke Stadium Hang Jebat, Melaka selepas diundi menentang anak buah Fauzi Pilus bagi aksi pusingan ketiga.

Pertemuan lain menyaksikan Perak bertemu Kuantan FA, serta pertemuan menarik Perlis di bawah kendalian Dollah Salleh menentang Kuala Lumpur yang berwajah baru.

Manakala siapa lebih ampuh di antara Sabah dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? dan Pahang pula bakal menerima kunjungan Sime Darby.

Sama-sama kita nantikan keputusannya pada 4 dan 5 mac ini.

Berikut undian untuk pusingan ketiga:

Kedah lwn Kelantan
Johor Darul Ta'zim lwn Negeri Sembilan
Perak lwn Kuantan FA
Perlis lwn Kuala Lumpur

PKNS lwn Felda United
Sabah lwn ATM
Pahang lwn Sime Darby
PDRM lwn Selangor

Thursday, 18 February 2016

Tendangan Ajaib Faiz Subri Tarik Perhatian Antarabangsa

http://newsdata2.bernama.com/bernama/newspic/su/

Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas pemain skuad bola sepak Pulau Pinang itu menjaringkan satu gol istimewa malam tadi.

Faiz menjadi sanjungan ramai apabila tendangan bebas yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia.

Laman berita dalam talian British Independent (www.independent.co.uk) melaporkan bahawa tendangan bebas Faiz yang amat luar biasa itu pasti manjadi calon bagi Anugerah Puskas FIFA 2016.

"Faiz Subri akan menjadi pesaing bagi anugerah yang mengiktiraf gol terbaik pada tahun ini hasil jaringan daripada tendangan bebasnya yang sungguh luar biasa itu.

"Tendangan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjagol gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum fizik.

"Tendangan Faiz sungguh berbisa kerana setelah bola pada mulanya menghala ke suatu arah, ia kemudian melencong ke arah lain dan menerjah ke penjuru gawang gol," kata laporan itu.

Gol itu dijaringkan dalam perlawanan antara Pulau Pinang dengan Pahang di Stadium Bandaraya, yang sekali gus membantu Pulau Pinang menang 4-1.

Penang winger Faiz Subri

Portal berita itu juga memuat naik video sepanjang 17 saat mengenai jaringan gol tersebut daripada siaran langsung melalui saluran televisyen TV9.

Gol yang dijaringkan pada minit ke-62 itu juga menjadikan Mohd Faiz bahan 'trending' dalam laman Twitter.

Tendangan bebas Mohd Faiz itu pasti mengembalikan ingatan para peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1998.

Jaringan Mohd Faiz dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia melalui media sosial.

Anugerah Puskas diperkenalkan FIFA pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik pada sesuatu tahun.

Monday, 15 February 2016

Messi Bida Harga Kereta Termahal Di Dunia

Messi Bida Harga Kereta Termahal Di Dunia | Pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi dilaporkan menjadi pembeli misteri yang membayar £25 juta (RM151 juta) untuk memiliki kereta termahal dunia.


Bintang Barcelona dan Argentina itu didakwa menewaskan musuh tradisinya, Christiano Ronaldo untuk memiliki Ferrari 335 S Spipder Scaglietti apabila membeli kereta berkenaan dalam satu lelongan di Artcurial di Paris, Perancis, minggu lalu.

Menurut New York Daily News, satu kenyataan akhbar dari pengendali lelongan itu mendedahkan, pemain bola sepak berusia 28 tahun itu melakukan bidaan tertinggi.

Atlet itu seolah-olah mengesahkan laporan itu atau mungkin menjadikannya bahan gurauan apabila menyiarkan gambarnya memegang kereta mainan dengan kata-kata ‘Kereta baru saya’ di laman Instagramnya.

Ia bukan pertama kali kedua pemain terbaik dunia itu bersaing sengit. Bulan lalu, Messi mengatasi Ronaldo sekali lagi apabila menerima anugerah berprestij Ballon D’or- pengiktirafan kerana menjadi pemain terbaik dunia di satu majlis di Zurich.

Ia tahun kelapan berturut-turut kedua pemain itu bersaing untuk meraih anugerah berkenaan.

Mereka juga sering bersaing untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang musim dalam liga Sepanyol. Ketika ini, Ronaldo mendahului dengan 88 gol. - Agensi

Wednesday, 3 February 2016

Kerajaan Kelantan Teliti Hasrat Dr. Vida Bina Hotel Enam Bintang PQPTRW



Kota Bharu: Kerajaan Kelantan akan meneliti hasrat Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman untuk membina hotel bertaraf enam bintang yang bernilai RM280 juta berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Hasmiza atau Dr. Vida berkata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob bersetuju untuk meneliti cadangan itu menerusi satu pertemuan dan akan memberi jawapan dalam masa yang terdekat.

"Hasil pertemuan itu, Menteri Besar secara umumnya menerima cadangan berkenaan. Bila persetujuan diperolehi, projek akan kita buat dalam kadar segera," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dr Vida berkata pembinaan hotel itu akan dinamakan Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dalam satu usaha beliau menjadikan pasukan bola sepak itu lebih maju dari segi kemudahan setanding dengan kelab bola sepak Eropah.

Hotel setinggi 19 tingkat itu dilaporkan bakal dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran dengan papan skor elektronik stadium negeri yang bakal memberi wajah baru kepada Kelantan.

Hotel tersbut juga dikatakan bakal dilengkapi dengan kompleks sukan yang menyediakan kemudahan permainan boling, tenis dan golf selain masjid serta kafe.

Menurut Dr. Vida juga hotel itu akan memberikan peluang kepada mereka yang menginap di hotel terutamanya peminat bola sepak Kelantan untuk menyaksikan perlawanan terus dari bilik.

"Hotel ini juga secara tidak langsung akan menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan," katanya.




Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Bertaraf 6 Bintang

PQP - TRW Hotel
PQP – TRW Hotel
PETALING JAYA: Selepas mengubah wajah Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu, penaja utama Kelantan Datuk Seri Hasmiza Othman kini merancang untuk membina sebuah hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi taman tema di negeri pantai timur itu.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata hotel yang menelan belanja RM280 juta itu bakal diberi nama Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dan akan dibina bersebelahan stadium keramat negeri kelahirannya.
Jelas Vida, hotel setinggi 19 tingkat yang  bakal dilengkapi kemudahan sukan dan aktiviti riadah itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun, sama seperti tempoh tajaannya kepada pasukan Kelantan.
“Hotel itu dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV.
Selain menyediakan kemudahan terbaik bagi pembangunan sukan di Kelantan, ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu Kelantan,” katanya kepada mStar Online.
Usahawan wanita dari Machang itu berkata, idea untuk membina hotel tersebut hadir bertepatan dengan cita-citanya untuk menjadikan Kelantan berdiri sama tinggi seperti kelab terkemuka Eropah.
“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, jika saya sudah meletakkan harapan dan cita-cita yang tinggi terhadap sesuatu perkara, saya akan berjuang untuk merealisasikannya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai hotel tersebut, Vida berkata, tingkat bawah akan dijadikan kompleks sukan yang akan menempatkan gelanggang tenis, pusat boling dan latihan pukulan golf.
“Jadi mereka yang datang menyaksikan perlawanan di stadium Kelantan tidak perlu bimbang kerana kemudahan tempat tinggal sudah ada di depan mata.
“Pembinaan taman tema dekat dengan hotel itu juga seiring dengan usaha untuk mewujudkan konsep kekeluargaan yang bermula dari dalam stadium,” katanya.
Bagi penyokong yang enggan turun ke stadium, mereka boleh menyaksikan perlawanan secara langsung dari kafe yang disediakan di tingkat bawah hotel tersebut.
“Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan secara langsung beramai-ramai. Menerusi konsep ini penyatuan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dapat dipupuk,” katanya.
Justeru Vida memberitahu beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim dengan ditemani arkiteknya bagi memaklumkan mengenai hasrat tersebut.Beliau berkata sebaik sahaja rancangan itu mendapat lampu hijau kerajaan negeri, hotel tersebut akan dibina dalam masa terdekat kerana pelan lakaran bagi projek berkenaan sudah sedia ada.
“Ini baharu titik permulaan saya untuk membangunkan program sukan dan industri pelancongan di negeri ini. Namun masih ada lagi yang akan saya lakukan dan berharap usaha keras saya ini mendapat sokongan rakyat Kelantan,” katanya.
Selain merancang untuk membina hotel ini, Vida turut menyediakan kemudahan gimnasium yang dilengkapi kolam ais seperti yang dimiliki kelab terkemuka dunia kepada pasukan Kelantan.
Gimnasium itu dibina di tingkat tiga Wisma Vida Beauty yang terletak di Kubur Langgar, Kota Baru kerana ruang di Stadium Sultan Muhammad IV agak terhad.
Vida berkata pembinaan gimnasium itu amat penting bagi memberi keselesaan kepada pemain TRW dalam menjalani latihan kecergasan sebelum dan selepas tamat perlawanan serta sesi latihan mereka.
Terdahulu usahawan wanita itu menghadiri sesi memperkenalkan barisan pemain Kelantan sambil menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan tajaannya menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Selasa.

Tuesday, 2 February 2016

Khyril Muhymeen sertai Air Asia All Stars


PETALING JAYA: Air Asia All Stars FC melengkapkan perpindahan bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri, di sini, sebentar tadi.

Bekas penggempur Kedah dan Negeri Sembilan itu mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim ini. 

Ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak, Khyril mengakui teruja untuk memulakan cabaran baharu bersama pasukan terbabit dan mahu membantu mereka layak ke saingan Liga Perdana musim hadapan. 

Katanya, meskipun sekadar beraksi di liga divisyen tiga, namun beliau akan menjadikan ia sebagai medan untuk kembali menyinar secara perlahan-lahan bermula dari bawah. 

"Saingan di Liga FAM juga amat sukar kerana semua pasukan begitu bersemangat dengan masing masing mahu layak ke saingan Liga Perdana. 

"Jadi, saya berharap kehadiran saya di pasukan ini dapat membantu pasukan ini mara lebih jauh dan memberikan saingan menentang pasukan lain dalam kancah liga," katanya. 

Penyerang berusia 29 tahun itu sebelum ini menyertai sesi percubaan bersama pasukan Selangor, namun pasukan juara Piala Malaysia tahun lalu itu tidak mendapatkan khidmatnya berikutan masalah kecederaan hamstring sejak tahun lalu.

KHYRIL Muhymeen Zambri, 29, bergambar bersama Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Air Asia (AAFC), Simon Lim (kiri) dan Ketua Jurulatih AAFC Nidzam Jamil (kanan). 

JDT tumpas kepada Muangthong United


KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke saingan utama Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, berkubur selepas tewas kepada Muangthong United FC di Nonthaburi, Thailand, sebentar tadi. 

Pasukan bimbingan Mario Gomez itu tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar dan 30 minit masa tambahan selepas itu. 

Pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL di Stadium Thunderdome itu, menyaksikan tiga pemain import JDT - Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun - gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing. 

Pasukan tuan rumah memastikan kemaraan mereka ke pusingan ketiga selepas S Yooyen menyempurnakan sepakan ketiga selepas dua rakannya, Cleiton Silva dan P Notchaiya turut berjaya berbuat demikian sebelum itu.





Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu, Peraduan Cipta Logo Baharu Dilancar



KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skuad bola sepak kebangsaan iaitu 'Harimau Malaysia'  berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan dikenali dengan nama 'Harimau Malaya'.

Menerusi laporan di fam.org.my, nama gelaran Harimau Malaysia itu pada asal merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.

Bagi pelancaran era baharu bola sepak Malaysia tahun ini, FAM berpendapat gelaran Harimau Malaya tidak sesuai lagi memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak diguna secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Oleh itu, pengenalan nama gelaran baru itu diharap dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.


"Bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.

 "Ini memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.

 "Justeru itu, FAM pada hari ini dengan secara rasmi mengumumkan untuk mengguna pakai nama Harimau Malaysia sebagai nama gelaran baharu untuk skuad kebangsaan.

 "Gelaran ini juga bertepatan untuk menggambarkan skuad kebangsaan kita adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak yang mungkin selama ini terasa sedikit tersisih dengan penggunaan gelaran Harimau Malaya.

 “Jadi sebab itulah FAM berasakan 2016 adalah tahun sesuai untuk permulaan penggunaan nama gelaran baharu ini bagi menyaksikan skuad Harimau Malaysia kembali bangkit dan menjadi pasukan kompetitif di peringkat antarabangsa” titah Tengku Abdullah dalam satu majlis pengenalan penaja rasmi Harimau Malaysia hari ini.


Empat penaja rasmi yang terus memberi sokongan dan komitmen bersama skuad kebangsaan pada tahun ini terdiri dari Telekom Malaysia, Bank Islam, Nike dan 100PLUS.

Satu peraduan mencipta logo Harimau Malaysia juga turut dilancarkan pada hari ini yang mana terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Peraduan itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta imej baharu pasukan kebangsaan dan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 serta pengalaman bersama skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki pada akhir tahun ini.


Monday, 1 February 2016

Qua Anwary : Kapten Kito (Dikir Barat Piya)

https://i.ytimg.com/vi/4_96oubPhf0/


Lagu asal ini nyanyian kumpulan NagaSari bertajuk Nur Ain dan telah ditukar lirik serta di dikir moden kan oleh komposer asalnya juga iaitu Mala.

lagu : Mala

lirik : Umie Ros

fb Qua Anwary

fb NagaSari


Sunday, 31 January 2016

KAFA bakal lancar saluran televisyen

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku penaja utama pasukan Kelantan.

KUALA LUMPUR: Kelantan terus mengorak langkah jauh ke depan apabila bakal muncul sebagai pasukan pertama di negara ini yang akan memiliki saluran atau stesen televisyen sendiri.

Perkembangan itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. Stesen atau saluran berkenaan, katanya akan dilancarkan sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M) pada 13 Februari ini.

"InsyaAllah sebelum liga bermula 13 Februari ini, pasukan Kelantan akan muncul pasukan pertama yang akan melancarkan saluran atau stesen televisyen sendiri.

"Tunggu pengumuman rasmi minggu depan," katanya menerusi entri terbaharu dalam akaun Facebook miliknya itu.

Berita ini pasti menggembirakan penyokong setia skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) selepas pasukan itu sebelumnya mendapat suntikan dana daripada pengasas produk kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku penaja utama pasukan.

Biarpun kata putus secara lebih terperinci hanya akan dapat dimuktamadkan minggu depan tetapi secara amnya inisiatif itu selari dengan penswastaan Liga M yang bakal bermula musim ini.

Dalam pada itu, tinjauan pada Facebook milik Annuar semalam, mendapati rancangan KAFA memperkenalkan stesen atau saluran televisyen itu mendapat respon positif majoriti daripada peminat dan penyokong PQPTRW.

Mereka berharap usaha terbaharu itu akan meningkatkan lagi prestasi pemain selain sokongan peminat bagi menghadapi saingan liga musim ini dan seterusnya.

Beberapa kelab terkenal Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester United, Arsenal dan Liverpool turut memiliki saluran televisyen masing-masing dan ia popular di kalangan penyokong setia mereka.

Dr. Vida Mahu Warna Pink Di Atas Padang

PETALING JAYA: Selepas Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan dipercantikkan dengan warna merah jambu dan putih, penggunaan warna asas produk kecantikan Qu Puteh itu turut akan diterapkan di atas padang.
Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kini sedang mempertimbangkan untuk menggantikan jaring gawang gol di stadium keramat itu dengan warna merah jambu.
"Banyak benda yang perlu dipercantikkan. Bukan sahaja setakat mengecat bahagian dalam dan luar stadium tetapi saya juga sedang mempertimbangkan untuk memasang jaring gawang gol berwarna pink.
"Alang-alang jersi dan stadium berwarna pink, apa salahnya jika kita ganti jaring gawang gol kepada warna yang sama. Barulah nampak 'striking' ditambah pula dengan pancaran lampu 'Pamoga Qu Puteh'," katanya kepada mStar Online.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata akan memaklumkan mengenai hasratnya untuk menggantikan jaring gawang gol tersebut kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.
"Saya akan utarakan permintaan ini kepada Annuar dengan segera. Saya rasa tiada masalah kerana ia warna yang sama digunakan pada stadium dan jersi pasukan," katanya.
Justeru, Vida mengalu-alukan syarikat pembekal jaring gawang gol di negara ini untuk mengemukakan senarai sebut harga kepada beliau dengan segera.
"Mana-mana pembekal yang menawarkan jaring gawang gol berkualiti dengan harga berpatutan amat saya alu-alukan memandangkan aksi Liga Super semakin hampir.
"Lagi cepat dan ramai pembekal yang tampil dengan sampel (jaring) dan sebut harga mereka lagi bagus. Kita perlu pasang sebelum perlawanan sepak mula," katanya.
Terdahulu, pasukan Johor Darul Ta'zim menggunakan jaring berwarna merah dan biru, warna asas bagi skuad Harimau Selatan itu.
Sementara itu, mengulas mengenai warna cat merah jambu yang akan digunakan untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad IV, Vida meminta syarikat kontraktor yang dilantik menguruskan kerja mengecat tersebut berbincang dengan beliau agar tidak timbul sebarang masalah.
"Mereka (kontraktor) belum tunjuk sampel warna cat merah jambu yang akan digunakan. Saya minta mereka berunding dengan saya untuk elak masalah di kemudian hari," katanya.
Pada masa sama, Vida berharap agar kerja-kerja mengecat stadium dapat diselesaikan mengikut tarikh ditetapkan memandangkan warna cat merah jambu yang dikehendakinya hampir ditemui.
"Sebelum ini, saya tidak berkenan dengan sampel warna merah jambu yang dikeluarkan. Namun saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana warna yang saya nak itu hampir ditemui," katanya.

Saturday, 30 January 2016

Saman RM1 juta!!!


Kota Bharu: Saman RM1 juta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar baju di negara ini jika didapati menciplak jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Amaran keras itu diberikan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (gambar) atau Dr Vida terhadap mereka yang cuba meniru jersi keluarannya termasuk logo rasmi atau nama produk seperti Pamoga.

Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu memaklumkan, beliau terpaksa bertegas mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu imej syarikatnya tercemar jika disalahgunakan.



Dr Vida berkata, walaupun jersi keluarannya belum berada di pasaran, langkah awal perlu diambil bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Katanya, atas alasan itu, pihaknya tidak mempamerkan jersi terbaru PQPTRW di mana-mana laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana tidak mahu perkara berkenaan terdedah.

“Saya akan lancarkan dua versi jersi dengan 20,000 helai akan dikeluarkan untuk edisi pertama pada 12 Februari nanti.

“Jersi tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan tempat sendiri. Jersi merah jambu-hitam dan biru-putih putih pula akan digunakan di tempat lawan,” katanya.

Berikutan kenyataan pengasas Qu Puteh itu, ia sekali gus menamatkan spekulasi kononnya Dr Vida bercanggah pendapat dengan pengurusan KAFA mengenai penggunaan warna jersi PQP TRW musim ini seperti dilaporkan dalam laman sosial.

Dr Vida dijangka hadir buat pertama kali di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, untuk menonton perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Kuala Lumpur pada 2 Februari selain menyaksikan sesi memperkenalkan pemain Kelantan oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

Dalam perkembangan sama, Dr Vida akan menyarankan kepada KAFA supaya jaring gol ditukar daripada warna putih kepada merah jambu.

Dr Vida berkata, beliau agak tertarik dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang turut menukarkan warna jaring gol mereka kepada merah dan biru iaitu warna asas skuad Harimau Selatan itu.

Katanya, penukaran warna jaring gawang itu mungkin tidak salah kerana sedondon dengan stadium dan juga jersi pasukan, bahkan, bakal tampak ceria dan semangat sebaik dipancarkan dengan lampu limpah merah jambu.

“Apapun, ia bergantung kepada keputusan KAFA dan PSK (Perbadanan Stadium Kelantan) sama ada dibenarkan atau tidak penggunaan warna merah jambu untuk jaring gol, tapi saya rasa tiada masalah.
loading...
loading...