20 Sept - Pasangan aktor dan aktres popular, Angelina Jolie dan Brad Pitt mungkin dilihat antara pasangan aktor yang paling bahagia di dunia ini.
Namun semua itu musnah apabila Angelina Jolie baru-baru ini memfailkan penceraian dengan Brad Pitt selepas 12 tahun mereka bersama.
Angelina meletakkan tarikh 15 September lalu sebagai tarikh perpisahan.
Sumber Dailymail memberitau, keputusan itu diambil oleh Angelina Jolie selepas aktres itu tidak berpuas hati dengan cara Brad Pitt menggalas tugas sebagai bapa.
Pasangan yang terkenal dengan filem Mr & Mrs Smith itu mula bercinta pada 2004 namun berkahwin pada Ogos 2014.
Sumber : Dailymail
0 comments:
Post a Comment