loading...

Tuesday, 13 September 2016

Dua Lagi Kes Zika Libatkan Mangsa di Miri & Kuala Lumpur



Kuala Lumpur, 13 Sep - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan pihaknya menerima dua lagi kes Zika terbaharu yang mana melibatkan dua beradik yang masing-masing menetap di Miri dan juga Setapak, Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa di Miri adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang hamil dua bulan.

Difahamkan, mangsa telah mengunjungi klinik swasta kerana mengalami demam berpanjangan. Hasil ujian darah di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) medapati mangsa positif Zika & mangsa telah dimasukkan ke Hospital Miri pada 11 September lalu. Selain itu, mangsa juga pernah bekerja di Singapura.

Kes kedua pula melibatkan kakak kepada mangsa di Miri. Mangsa yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 6 September lalu selepas menunjukkan gejala Zika.

Mangsa mempunyai sejarah mengunjungi adiknya di Miri pada 26 Ogos lepas dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 September. - Siakapkeli.my

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...