loading...

Thursday, 1 September 2016

Aidiladha Disambut Pada 12 September Ini

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidiladha pada 12 September ini, umum Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman malam tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 September 2016.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016," katanya menerusi pengumuman yang dibuat di RTM sebentar tadi.

Sumber : Harian Metro

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...