Siapa yang tak sedih mengenangkan insan yang kita sayang sedang mengalami musibah. Meskipun bukan kenalan rapat namun musibah yang sedang dialami oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias (DUKE) turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengenali beliau.
Baru-baru ini, DUKE ada memuat naik satu status di laman facebook miliknya yang sangat sedih dan kalau baca sekali pun boleh menitiskan air mata.
Mudah penat bila bercakap.
Ikuti luahan hati Ustaz Kazim Elias mengenai bagaimana dia mula-mula dimasukkan ke hospital.
Dah banyak hari saya tidak update status. Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu saya rasa inilah saat akhir saya didunia saya dah pasrah dan redha kalau Allah jemput saya.
Jika lambat dirawat…
Syukur Allah mudahkan saya dengan sikit ujian. Tiga saluran arteri saya tersumbat 99%, 90% dan ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yang belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil.
‘Harap anak-anak ayah faham kerja dakwah ayah.’
(Sekadar gambar hiasan)
Saya mengambil kesempatan di sini memohon maaf zahir dan batin dunia akhirat jika saya ada tersalah silap dengan saudara-saudara, sahabat-sahabat sekalian. Buat keluarga saya minta maaf,buat, anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. .
Saya insan dhoif maafkan saya.
Sekarang saya kembali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan saya tak berapa baik. Buat staf dan pelajar Al Barakah teruskan usaha selama ini, jangan mengalah, jangan lemah semangat dan kalau jadi apa-apa pada saya jangan ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa saya. Doakan saya ye.Tq semua doktor, nurse dan yang membantu dan menziarah saya. Kalau saya panjang umur kita jumpa lagi. Saya rindu dengan anda semua.
Sama-sama kita doakan supaya kesihatan DUKE akan pulih seperti sedia kala dan kuat untuk terus berdakwah kepada seluruh insan dalam mendekatkan diri dengan Allah. Insyaallah kami daripada Oh Bulan juga mendoakan yang terbaik buat beliau.
0 comments:
Post a Comment