loading...

Sunday, 6 November 2016

Hafiz Hamidun puji Neelofa (ehem-ehem)

Pada: Isnin, 7 November 2016
Berita Artis, Gossip Artis, Hafiz Hamidun, Neelofa, Pelakon, Penyanyi, Umrah,
Hafiz Hamidun mengaku selesa berkawan dengan Neelofa yang disifatkan wanita bijak dan jelita.

Menjalin hubungan profesional sejak lama dulu, Hafiz kagum dengan kredibiliti Neelofa sebagai selebriti dan ahli perniagaan disegani dengan empayar hijabnya.

"Neelofa adalah sahabat yang baik. Dia sangat terbuka dan sesiapapun selesa mendekatinya.

"Bayangkan, kalau ada topik tertentu yang dibicarakan, Neelofa boleh mengembangkannya kepada banyak perkara. Daripada sudut lain, dia sangat berazam tinggi dan tahu apa dimahukan.

"Bagi saya, insan bernama Neelofa itu hebat orangnya. Kalau bercakap soal jodoh, dia berhak menerima calon seangkatannya," katanya kepada BH Online.

Tag : Berita Artis , Gossip Artis , Hafiz Hamidun , Neelofa , Pelakon , Penyanyi , Umrah

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...