loading...

Thursday, 21 July 2016

Wanita Berusia 25 Tahun Ditahan Selepas Dipercayai Sebar Kenyataan Palsu Terhadap Permaisuri Johor


JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menahan seorang wanita yang berusia 25 tahun ditahan selepas dia dipercayai menggunakan akaun Facebook untuk menyebarkan kenyataan palsu terhadap Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berkaitan dengan isu keagamaan.

Menurut satu kenyataan di Facebook Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita itu ditahan hari ini kira-kira jam 3.45 petang.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati Permaisuri Johor tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang sebagaimana tersebar di media sosial.

"Polis turut merampas tiga telefon bimbit  jenis Nokia, Huawei dan Doogee yang dipercayai telah digunakan suspek bagi memuatnaik kenyataan palsu tersebut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen  233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya disabitkan kesalahan  boleh didenda  sehingga RM50,000  atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan," katanya.

Kenyataan itu juga turut menasihat orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu, kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain. - Siakapkeli.my

Sumber : FB Polis Johor

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...