loading...

Wednesday, 9 November 2016

Umat Islam Bimbang Dengan Kemenangan Trump

JAKARTA - INDONESIA. "Saya sangat takut, adakah akan ada lebih banyak peperangan? Adakah Amerika akan menyerang negara Muslim lagi?" demikian soal aktivist, Alijah Diete selepas Donald Trump memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Umat Islam di seluruh Asia bergelut menerima  kemenangan ahli politik yang membuat kenyataan retorik anti Islam  dalam kempennya menjadi presiden negara kuasa besar dunia itu.

Trump membuat kenyataan paling kontroversi mengenai Islam yang mencetus kemarahan di kalangan 1.5 bilion Muslim di dunia apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam memasuki AS selepas insiden tembakan di California.

DI Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam melahirkan kebimbangan tentang bagaimana hubungan dengan AS akan terbentuk dan bagaimana Trump akan memberi kesan antara AS dan dunia Islam.

"Saya amat bimbang dengan hubungan antara AS dan negara Islam lain akan menjadi tegang kembali," kata Diete lagi.

Sementara itu, Nikken Suardini, yang bekerja di sebuah firma undang-undang di Jakarta, bimbang tentang larangan terhadap umat Islam yang dicadangkan.

"Jika beliau dipilih sebagai presiden, beliau akan menghalang umat Islam dari memasuki Amerika Syarikat - itu tidak adil," ujarnya dipetik AFP.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan tentang dasar-dasar anti Islam di bawah kepimpinan Trump yang kini sedang bergelut dengan ancaman militan.

Sesetengah pemerhati berharap retorik populis Trump hanya bertujuan meraih undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenofobia jika dia memasuki White House.

"Kami berharap kenyataan Trump terhadap umat Islam hanya untuk meningkatkan kempen, dan ia akan menyedari bahawa umat Islam adalah penduduk yang besar di Amerika Syarikat," kata Tahir Ashrafi, seorang ulama kanan kerajaan Pakistan

Selain di Indonesia, umat Islam di AS juga turut meluahkan perasaaan risau dengan kemenangan Trump.

"Ibu saya menulis mesej kepada saya 'tolong jangan pakai hijab' dan dia yang paling alim dalam keluarga", tulis seorang pengguna Twitter, @harryonmen.

Tweet itu mendapat lebih 40,000 retweet dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...