Hampir kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai masalah kumpulan kongsi gelap di negara-negara mereka. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini terkenal dengan keganasan mereka dan aktiviti-aktiviti jenayah yang dijalankan oleh ahli-ahli mereka seperti pelacuran, dadah dan perjudian.
Adakalanya, keganasan-keganasan yang dipamerkan oleh anggota-anggota kongsi gelap ini membuatkan kerajaan terpaksa mengambil langkah diplomatik atau pejam sebelah mata semasa berurusan dengan mereka.
El Salvador yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak di kawasan Amerika Tengah juga tidak terkecuali dengan ancaman daripada keganasan oleh anggota-anggota kumpulan kongsi gelap di sana.
Meskipun ramai anggota kumpulan kongsi gelap ini telah dipenjarakan termasuklah ketua-ketua mereka, namun, ini tidak dapat membanteras aktiviti-aktiviti jenayah mereka. Di sebalik tirai besi dan tembok penjara yang tinggi ini, ketua-ketua kongsi gelap ini dapat memberikan arahan kepada anggota-anggota mereka yang masih bebas di luar sana untuk menjalankan aktiviti perniagaan haram mereka seperti biasa.
Seorang wartawan untuk sebuah akhbar antarabangsa telah merakamkan aktiviti-aktiviti kumpulan kongsi gelap ini semasa mereka menjalani hukuman penjara di penjara Cojutepeque, Ciudad Barrios dan Quezaltepeque.
0 comments:
Post a Comment