loading...

Wednesday, 25 November 2015

Terpaksa tinggal di surau lama

Terpaksa tinggal di surau lama
Senah bersama seorang cucu dan suami tinggal di surau kerana rumah rosak akibat banjir masih tidak dibaiki.

GUA MUSANG - Sebuah keluarga di Kampung Limau Kasturi 2, dekat sini, terpaksa menjadikan surau lama di kampung itu sebagai rumah sementara kerana rumah rosak dilanda banjir besar, akhir tahun lalu.

Senah Mat Isa, 60, berkata, dia bersama suami, seorang anak dan seorang cucu perempuan terpaksa tinggal di surau berkenaan sejak Januari lalu kerana rumahnya tidak selamat diduduki.

Beliau berkata, rumahnya yang terletak tidak jauh dari surau berkenaan mengalami kerosakan kerana hakisan tanah runtuh dan pokok tumbang menimpa bumbung rumah.

Katanya, selain itu, jalan untuk memasuki rumahnya juga rosak teruk termasuk berselut berikutan kesan banjir besar yang paling buruk tahun lalu.

“Mak cik juga hairan kenapa rumah penduduk lain yang rosak dibaik pulih segera oleh pihak berkenaan dan rumah saya yang turut rosak tidak diberi perhatian sama.

“Sampai bila mak cik sekeluarga hendak tinggal di surau ini jika pihak berkenaan tidak baik pulih rumah mak cik yang turut rosak di landa banjir,” katanya.

Menurut Senah, dia bersama suami, Mohamad Saad, 72, yang hanya bekerja kampung tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membaik pulih rumah terbabit dan kini dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, walaupun tinggal di surau lama tidak selesa, namun terpaksa berbuat demikian berikutan rumah sedia ada yang rosak itu tidak lagi selamat diduduki.

Beliau berharap kerajaan jangan pilih kasih dalam memberi bantuan untuk membaik pulih rumah rosak.

“Kalau nak dikirakan mak cik malu juga tinggal di surau, tetapi semua penduduk memahami kerana tahu masalah dihadapi keluarga mak cik yang hidup daif,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Ibu lima anak terima bantuan
BAGAN - Kisah viral seorang ibu yang masih berpantang selepas melahirkan anak bongsu dan hidup dalam serba kekurangan mendapat perhatian pihak bertanggungjawab, semalam.

Bayi sakit jantung perlu bantuan
KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di Kampung Padang Gelanggang, di sini memerlukan dana bagi membeli mesin bantuan pernafasan.

Budak derita ketumbuhan di kepala
KUALA KRAI - Sepasang suami isteri hanya mampu mendengar bacaan surah al Fatihah sebanyak tiga kali sebelum anaknya terlantar sejak 6 Oktober lalu di kediamannya di Kampung Sungai Peria, dekat sini, akibat ketumbuhan suprasellar tumor, crniopharyngioma di kepalanya.

Suami mohon bantuan rawat isteri
RAUB - Seorang suami amat mengharapkan bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya untuk menampung kos perubatan isteri yang terlantar.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga
JENGKA - Deritanya seperti tidak berkesudahan. Selepas suami menderita penyakit kulit sejak 20 tahun lalu, kini dia yang menggalas tugas sebagai ketua keluarga pula menghidap kanser ovari.

Tujuh sekeluarga tinggal berhimpit
TEMANGAN - Tujuh sekeluarga di Kampung Belukar Panjang, di sini, terpaksa tinggal berhimpit apabila rumah mereka rosak teruk akibat bah kuning, Disember lalu.

Anak minta nak makan ayam
KOTA BHARU - Nasi dimakan bersama ikan rebus goreng yang dicicah budu sudah menjadi menu wajib buat tujuh sekeluarga yang tinggal di Kampung Pulau Masjid, Kubang Kerian, di sini, sejak setahun lalu.

‘Saya dan suami rela derma hati’
KOTA TINGGI - 'Saya dan suami rela dermakan sebahagian hati, malangnya kami tak mampu sediakan kos pembedahan kira- kira RM160,000," luah Zuraitun Zakaria, 34, ibu kepada Muhammad Syaffiq Mohd Saharuddin yang menghidap penyakit biliary atresia (kegagalan fungsi hati).

‘Jangan pisahkan kami’
LABIS - Seorang remaja perempuan di Kampung Sawah Baru, di sini, terpaksa memikul tanggungjawab menjaga keluarga selepas bapanya meninggal dunia akibat terjatuh di bilik mandi, Sabtu lalu.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...