Anda berminat ingin bekerja di syarikat-syarikat yang terbaik dalam menguruskan para kakitangannya? Apa kata anda cuba memohon pekerjaan di mana-mana syarikat dibawah. Berikut ialah syarikat-syarikat terbaik untuk pekerja:
1. Shell Malaysia
Selama bertahun-bertahun, Shell Malaysia telah dikenali sebagai salah satu syarikat terbaik untuk pekerja di Malaysia. Syarikat yang mempunyai lebih daripada 6000 kakitangan ini, menawarkan gaji yang tinggi pada para graduan baru dan mengiktiraf pekerja melalui bayaran bonus termasuk waktu bekerja yang fleksibel (bergantung kepada keperluan sewaktu bekerja)
Antara faedah yang ditawarkan termasuklah pelan persaraan yang tinggi dan tanggungan perubatan. Shell sentiasa menjalankan bancian terhadap pekerja untuk memastikan sebarang masalah atau kesulitan segera diatasi.
2. Intel Malaysia
Intel Corporation, syarikat semikonduktor terbesar di dunia ini telah menapak di Malaysia, dimana Penang ialah lokasi pertamanya, sejak tahun 1972. Intel Malaysia mempunyai 3 kampus dan mempunyai lebih daripada 8000 kakitangan.
Intel Penang menawarkan program gaji dan faedah yang menarik. Pakejnya termasuklah faedah kesihatan dan penjagaan diri, faedah persaraan, cuti bergaji, perkembangan karier dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan untuk pekerja seperti gim yang canggih, gelanggang sukan dan padang, kafe yang menawarkan makanan dan minuman percuma, bar kopi, mesin minuman panas, mesin ATM, pakar nutrisi, program diskaun pekerja, insurans kenderaan, kelab hobi dan sosial dan banyak lagi.
3. DHL Malaysia
DHL Express, yang dimiliki oleh Deutsche PostWorld Net, ialah syarikat ekspress udara antarabangsa pertama yang beroperasi di Malaysia, iaitu pada tahun 1973. Hari ini, DHL Malaysia menguasai pasaran dengan memberikan servis pengangkutan dan logistik yang komprehensif termasuklah ekspres antarabangsa, pengangkutan darat dan udara. Selain menawarkan gaji lebih dari biasa, syarikat ini menyediakan program faedah yang banyak. Ia mengiktiraf pekerja melalui insentif, selain menyediakan latihan sebaik sahaja kemasukkan iaitu Employee Induction Program (Program Induksi Pekerja). DHL sentiasa memberikan peluang latihan kemahiran dan perkembangan karier bagi semua kakitangannya.
4. Petronas
Petronas atau Petroliam Nasional Berhad ialah satu-satunya syarikat Malaysia yang disenaraikan di dalam senarai Fortune 500 sebagai antara syarikat terbesar di dunia . Ditubuhkan pada tahun 1974, Petronas telah berada di 31 buah negara dengan tenaga kerja lebih daripada 40,000. Petronas dianggap sebagai salah satu syarikat pengurusan yang terbaik di Malaysia.
Pekerja Petronas menyediakan banyak peluang untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka. Pakej ganjaran mereka adalah baik berbanding syarikat-syarikat seumpamanya. Syarikat ini terkenal dalam menyediakan peruntukan bagi hal ehwal pekerja dan keluarga mereka, dalam bentuk liputan penjagaan kesihatan yang menyeluruh , termasuk faedah bersalin , insurans hayat , perkhidmatan penjagaan kakitangan dan program rekreasi.
5. CIMB
CIMB adalah salah satu daripada bank pelaburan terbesar di Asia Tenggara dan kumpulan perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia. Beroperasi di 13 buah negara dan lebih 40,000 kakitangan di rantau ini, CIMB menawarkan pengalaman kerja serantau. Program-program pampasan CIMB termasuklah memastikan ganjaran dan mengiktiraf pekerja melalui pakej ganjaran yang tinggi dan seimbang. CIMB Group memenangi ” Graduate Employers Award – Banking & Financial Services sector “, selain dinamakan sebagai “Malaysia’s Most Caring Employer” oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2011.
6. SP Setia
Sebahagian daripada faedah yang diterima oleh kakitangan mereka termasuklah pinjaman pelajaran tanpa faedah, makanan tengahari percuma untuk semua pekerja pada hari-hari kerja biasa (jumlah tahunan RM60, 000), 60 hari cuti bersalin dan diskaun kakitangan ke atas pembelian unit kediaman untuk setiap dua tahun perkhidmatan. Mereka juga menyediakan sistem penilaian pangkat berdasarkan prestasi yang memberi ganjaran kepada produktiviti yang tinggi, menyediakan rawatan perubatan pesakit luar dan pembayaran balik kakitangan dan ahli keluarga mereka, termasuk ibu bapa, suami atau isteri dan anak-anak.
7. Nestlé Malaysia
Nestlé bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai syarikat susu pekat Anglo-Swiss di Pulau Pinang. Pada tahun 1962, kilang pertamanya dibuka di Petaling Jaya. Kini, Nestlé Malaysia menghasilkan produknya di dalam tujuh kilang dan beroperasi dari pejabat di Mutiara Damansara. Syarikat telah memperkenalkan beberapa program yang boleh membantu pekerja mencapai keseimbangan gaya hidup dan kerja. Program tersebut termasulah pelan faedah yang fleksibel, yang menawarkan fleksibiliti insurans hayat termasuk ahli keluarga. Nestle juga mempunyai Performance Management System, Learning and Development Programs dan peluang untuk bertugas di luar negara.
8. Maxis
Maxis telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan merupakan pembekal telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia. Dengan 95% liputan 2G dan 81% liputan 3G, ia mempunyai rangkaian berkelajuan tinggi yang terbesar di negara ini. Dengan lebih daripada 3,000 pekerja di rantau Asia Pasifik, Maxis adalah syarikat untuk mereka yang minat akan persekitaran kerja yang pantas dan efisyen. Maxis telah menerima beberapa pengiktirafan kerana menyediakan pelbagai program untuk pekerja. Antaranya ialah Anugerah emas dalam kategori inovasi di Anugerah Sumber Manusia Malaysia 2010 bagi mengiktiraf inovasi dalam memupuk bakat pekerja di Akademi Maxis. Maxis juga telah mencipta Maxis Management Associate Programme (M-MAP) dalam usaha untuk membangunkan dan melatih graduan Malaysia yang mempunyai potensi yang tinggi dalam mengambil peranan kepimpinan kanan.
9. IBM Malaysia
Ditubuhkan pada bulan Jun 1961, IBM adalah anak syarikat milik penuh IBM World Trade Corporation, salah satu syarikat IT terbesar dan terkemuka di dunia. IBM Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian IT kepada dunia perniagaan Malaysia. Selain menawarkan faedah yang kompetitif serta amalan industri yang memberikan bonus berdasarkan prestasi bagi semua kakitangan, IBM membenarkan pekerja untuk mengatur sendiri waktu kerja mereka mengikut keperluan perniagaan.
Di IBM Malaysia, tenaga kerja wanitanya lebih ramai, iaitu sebanyak 57% dan IBM memberikan cuti bersalin selama 90 hari. Sejumlah besar pekerja IBM berada di dalam program mobiliti dimana mereka boleh bekerja dari rumah. Bagi kerja separuh masa pula, IBM hanya menetapkan 1-2 hari sahaja dan bukan 5 hari seminggu. IBM Malaysia telah dianugerahkan gelaran “Most Popular Graduate Employer” di dalam sektor ICT tiga tahun berturut-turut dan Malaysia HR Awards 2011 yang dianjurkan oleh Pengurusan Sumber Manusia Institut Malaysia.
10. Dell Malaysia
Dell, yang merupakan syarikat pembekal komputer dan komputer riba yang telah melabur dalam membangunkan program-program khas yang membantu pekerja-pekerjanya mudanya untuk mengejar karier dan potensi mereka.
Dari sesi mesyuarat individu bersama mentor, hinggalah ke pelan karier jangka panjang, setiap kakitangan mempunyai peluang menjadi pemimpin. Dell Malaysia dianugerahkan “IT Employer of Choice” oleh para graduan Malaysia dari tahun 2011–2012. Dell Malaysia juga menerima “Employer of Choice Award” pada tahun 2011 oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM).
Info diambil dan diubahsuai dari funnymalaysia.net
0 comments:
Post a Comment