loading...

Sunday, 29 November 2015

Masih Menganggur? Ini Sebabnya!

Selepas graduasi, semua rakan-rakan anda telah memulakan perjalanan karier anda. Namun anda masih menganggur. Satu demi satu permohonan kerja sudah dihantar namun tiada sebarang kerja telah ditawarkan. Di mana silapnya? Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang mungkin anda telah lakukan tanpa disedari:

Resume
1.Kesalahan Di Dalam Resume
Resume adalah dokumen paling penting dalam proses mencari pekerjaan. Besar kemungkinan resume anda tidak lengkap, terlalu pendek atau terlalu panjang atau tidak mengikut format. Jangan lupa untuk sertakan gambar berukuran passport, kelulusan dan kelayakkan, nombor telefon yang tepat untuk dihubungi dan lain-lain lagi.

unqualified2.Permohonan Kerja Yang Tidak Bersesuaian Dengan Kelulusan
Sebelum memohon sebarang pekerjaan, adalah penting untuk anda memahami bidang kerja yang sesuai dengan kelayakkan anda. Baca iklan tawaran kerja itu dengan teliti sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Pastikan segala butiran penting dan semua kemahiran yang diperlukan oleh syarikat itu bersesuaian dengan kelayakkan anda.

Job interview
3.Tidak Profesional Ketika Temuduga
Anda sudah mendapat panggilan temuduga. Kini anda selangkah lebih dekat dengan kerja idaman anda. Namun akhirnya gagal mendapat tempat. Besar kemungkinan, prestasi anda sewaktu temuduga tidak memuaskan. Jangan lupa untuk menjaga adab, menjaga etika berpakaian, datang tepat pada masanya, dan tampil penuh keyakinan.

gaji
4. Meminta Gaji Terlalu Tinggi
Tidak dinafikan, gaji adalah antara motivasi utama seseorang untuk mendapatkan kerja. Namun pastikan gaji yang anda minta bersesuaian dengan kelayakkan dan tahap pengalaman anda. Jika anda terlalu meminta-minta, ini akan memberikan tanggapan buruk kepada bakal majikan anda. Pastikan ia tidak terlalu tinggi mahupun tidak terlalu rendah.

emailresume
5.Permohonan Kerja Yang Tidak Mengikut Etika
Ramai yang lebih suka memohon pekerjaan melalui internet. Malah kebanyakkan syarikat lebih suka jika para calon menghantar permohonan melalui emel. Namun ada sesetengah calon yang hanya melampirkan resume di dalam emel tanpa menyatakan jawatan yang ingin dipohon serta isi kandungan emel. Ini memberi tanggapan bahawa anda seorang yang malas dan tidak suka berusaha.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...