Meskipun kurang popular dengan kanser payudara, mastitis payudara juga wajib dikenali untuk usaha pencegahan, kerana jika sudah diperingkat bahaya boleh mengakibatkan kesan mudarat kepada payudara terutama wanita.
Istilah mastitis payudara bererti radang pada payudara. Gejalanya bermacam termasuk adanya benjolan di payudara. Banyak hal yang menyebabkan terjadinya radang ini termasuk kewujudan kuman.Apalagi bila suami anda seorang perokok atau seorang yang tidak peduli dengan kesihatan dan kebersihan.
Pada beberapa keadaan, mastitis boleh menyebabkan keluarnya cairan dari daerah puting, cecair ini berwarna putih kekuningan serupa nanah. Berlainan dengan kanser payudara di mana cecair yang keluar dari puting biasanya merah atau kuning kecoklatan seperti darah kotor. Kadang-kadang perasaan seperti puting tertarik juga dialami penghidap.
Dilihat dari penyebabnya, mastitis tidak dipengaruhi oleh faktor keturunan, melainkan lebih kepada faktor hormon dan jangkitan.terutama jangkitan kuman dari mulut suami perokok tegar, Berbeza dengan kanser payudara yang dipengaruhi faktor hormon bahkan faktor keturunan.
Pada mastitis yang disebabkan jangkitan kuman, ia bisa berkembang menjadi suatu kumpulan nanah dalam rongga baru di rangkaian kelenjar payudara. Nanah ini terbentuk dari kumpulan bakteria, rangkaian, dan leukosit baik yang mati ataupun yang hidup. Bahayanya, nanah ini boleh merebak ke bahagian tubuh lain hingga menyebabkan rasa letih,demam tinggi dan menggigil, peluh banyak, turunnya daya tahan tubuh, bahkan hingga menurunnya kesedaran,sebagian ibu kadang boleh pengsan akibat anti body sudah berkurangan.
Bila ternyata ditemui benjolan tersebut, yang mengandungi nanah, maka harus dilakukan pembedahan berupa insisi dan drainase, iaitu rawatan penyayatan dan penyaluran nanah. Perlu diingat bahawa pembedahan pengeluaran nanah ini perlu dilakukan pada waktu yang tepat, iaitu pada saat benjolan tersebut masak/matang agar mudah dikeluarkan.
“Asal kuman pastinya dari sentuhan langsung antara puting dengan dunia luar,terutama dari mulut si suami ketika mengadakan hubungan seks, apatah lagi pada orang yang tahap penjagaan kesihatan mulutnya rendah seperti mulut dari penghisap rokok,”tegas doktor pakar bedah Amsterdam kelahiran kuala lumpur ini.
0 comments:
Post a Comment