loading...

Thursday, 17 November 2016

'The Rock' Nyatakan Minat Untuk Bertanding Jawatan Presiden AS


LOS ANGELES - AS, 17 Nov - Selepas usahawan terkemuka, Donald Trump berjaya memenangi pilihanraya Amerika Syarikat, kini giliran ahli gusti pula menyatakan hajatnya untuk bertanding jawatan Presiden AS itu pada tahun 2020.

Menurut Reuters, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama 'The Rock' tidak menolak kemungkinan beliau akan bertanding dalam pilihanraya.

Perkara tersebut disuarakan beliau dalam satu sidang media filem terbaru beliau di Los Angeles baru-baru ini.

"Saya sayang negara saya. Saya sangat-sangat patriotik dan saya rasa daya kepimpinan tu sangat penting, dan kepimpinan yang dihormati adalah sangat penting," kata bintang filem francais popular, 'The Fast and The Furious' tersebut.

Ditanya samada beliau menyasarkan jawatan presiden di White House, Dwayne tidak menafikan yang beliau mungkin akan bertanding pada masa hadapan.

"Kalau saya rasa saya boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kepada kita semua dan dikelilingi pemimpin-pemimpin hebat yang lain, ya, sudah tentu (saya akan bertanding).

"Saya rasa puas apabila berjaya menyeru orang ramai berbuat kebaikan dan terus menyeru mereka, sambil menyuruh diri saya sendiri (untuk berbuat baik), kerana saya buktikan apa yang saya perkatakan," kata Dwyane lagi.

Jika The Rock benar-benar 'terjun' ke arena politik, beliau akan tidak akan menjadi selebriti pertama berbuat demikian.

Bintang filem aksi, Arnold Schwarzenegger kini bertugas sebagai gabenor parti Republikan di California, manakala seorang lagi ahli gusti profesional, Jesse 'The Body' Ventura, kini bertugas sebagai gabenor di Minnesota.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...