Namun, Adira mengakui yang dia tidak menjadikan alasan mengandung untuk mendapat sebarang layanan istimewa dari suaminya.
Dia juga tiada 'mood' untuk memegang telefon bimbit dan seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab sebarang panggilan atau mesej.“Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil,”
Selain itu, boleh dikatakan sepanjang masa Adira akan mengunyah sesuatu sehinggakan berat badannya naik sehingga 14kg. Menariknya, suaminya juga turut terkena tempias kerana selera makannya juga bertambah.“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Adira juga telah memperlahankan sedikit kerjaya seninya.
“Bukan apa, suami sangat bimbang dengan keadaan saya terutama membabitkan perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kereta. Oleh itu dia meminta saya berfikir banyak kali, tapi dia tak menghalang untuk menyanyi." katanya kepada Harian Metro.
Tag : Adira AF , Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Penyanyi , Suami Isteri
0 comments:
Post a Comment