loading...

Saturday, 19 November 2016

Asfan Tegur Aweera Kerana Lupa Lirik ?

Perkara itu berlaku membabitkan satu program baru yang sedang menjalani rakaman. Rancangan realiti terbaru itu menghimpunkan penyanyi popular untuk bernyanyi secara duet.

Kebetulan dalam program itu, Asfan ditemukan dengan Aweera. Menariknya kerana mereka datang daripada genre muzik berbeza tetapi bergabung untuk menghasilkan kreativiti menarik menerusi program dihasilkan.



Begitupun, ada cerita panas disampaikan membabitkan Asfan dan Aweera sewaktu mereka menjalani rakaman.

Pada minggu mereka membuat persembahan, Aweera dikatakan terlupa lirik sehingga mempengaruhi corak nyanyiannya.

Disebabkan perkara itu, mereka ditegur juri dan membuatkan Asfan berasa tidak puas hati.

Kata sumber yang menyampaikan cerita kepada Cik Pang, sebaik mereka turun dari pentas dan pergi ke bilik persalinan, Asfan menegur Aweera dengan nada suara sedikit keras.

Aweera pula berasa tidak puas hati dengan perlakuan Asfan, membalas dengan nada keras dan meninggalkan Asfan.

Susah juga kalau sudah begitu situasinya kerana mereka masih lagi berada di peringkat awal dalam persaingan untuk program realiti TV terbaru itu. Kalau tidak ada keserasian, susahlah untuk mereka bekerjasama.

Tapi Cik Pang percaya panas hati antara dua penyanyi ini tidak akan berpanjangan. Biasalah, apabila bekerja berlaku perselisihan faham. Bagi Cik Pang ia sebenarnya bagus kerana kita mahu memberi atau menghasilkan yang terbaik.

Cuma dalam hal ini, jangan ada pihak ambil hati. Kita mungkin boleh gaduh untuk hari itu tapi esok dan lusa lupakan saja. Cuma kalau benar perselisihan faham itu berpunca daripada kesilapan dilakukan, janganlah diulang lagi. Relakslah bro!

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...