loading...

Monday, 24 October 2016

Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, Ada Mangsa Terperangkap

JOHOR BAHRU - Sebuah Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang berada di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah dilaporkan terbakar, jam 9 pagi ini, lapor Sinar Harian. 
Kejadian itu menyebabkan suasana hospital menjadi cemas dan kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan menempatkan mereka di tempat yang selamat.
Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi, telah mengerahkan 10 anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9.05 pagi dan sehingga jam 10.45 pagi, bomba masih berusaha memadamkan kebakaran. 





Lapor Sinar Harian, terdapat mangsa yang terperangkap, bagaimanapun jumlah mangsa belum dapat dipastikan. 

Harian Metro pula melaporkan, keadaan perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang sedang dipantau oleh jururawat dan doktor hospital HSA dan keadaan kini dilihat terkawal.
Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih dan menunggu kenyataan rasmi dari pihak HSA atau media berdaftar sahaja.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...