Kipas anti peluh, Waki no Shita Kura rekaan dari negara Jepun ini memang sesuai untuk anda yang sering basah di bahagian ketiak.
Memandang cuaca kat Malaysia pun makin lama makin panas, sesuai sangatlah alat ini digunakan di sini. Kadang-kadang tu baru je jalan dari parking kereta menuju ke pejabat, ketiak pun dah lencun. Tompokan basah pada ketiak pula jelas kelihatan. Adui!
Waki no Shita Kura perlu diletakkan di bahagian lengan kemeja bagi memastikan peluh anda cepat kering. Kipas bersaiz 65 x 60 x 15 milimeter ini hanya memerlukan dua bateri saiz AAA untuk berfungi. Lebih menarik lagi, kipas ini juga boleh boleh disambungkan dengan power bank. Orang Jepun ni memang kreatif betul kan?
Sumber: Amanz
0 comments:
Post a Comment