SHAH ALAM, 21 Okt: Pengusaha Nasi Lemak Anak Dara terkejut apabila nama bisnesnya itu turut disebut ketika Perdana Menteri, Najib Razak membentangkan bajet 2017 di parlimen petang tadi.
Dalam pembentangan bajet petang tadi, Najib menyifatkan 'Nasi Lemak Anak Dara' sebagai salah satu contoh bisnes yang bagus.
Gadis berusia 24 tahun itu berkata, dia memulakan bisnes itu untuk membantu ibunya dan tidak pernah terfikir usahanya selama ini mampu menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi Perdana Menteri sendiri.
Gadis tersebut, Siti Hajjar Ahmad berkata dia tergamam setelah mengetahui Perdana Menteri menyebut nama 'Nasi Lemak Anak Dara' semasa pembentangan bajet tersebut.
Katanya, dia berasa gembira dan dalam masa yang sama berasa bangga.
"Kawan-kawan banyak membantu. Merekalah orang pertama yang memberikan saya pinjama RM500 untuk mula berniaga, yang mana saya gunakan untuk mmbeli barangan memasak dan juga meja serta kerusi untuk gerai saya.", kata Siti Hajjar.
Selain itu, Siti Hajjar juga berkata graduan baru tidak perlu takut untuk menceburi bidang perniagaan dan bukannya menunggu untuk mendapatkan pekerjaan, terutamanya dalam iklim ekonomi yang lembab sekarang.
Sementara itu, video Perdana Menteri menyebut 'Nasi Lemak Anak Dara' mendapat perhatian ramai bukan sahaja di internet, malah di dalam parlimen.
Boleh kedengaran parlimen sedikit kecoh apabila Perdana Menteri menyebut nama perniagan itu.
Sumber: NST
0 comments:
Post a Comment