loading...

Tuesday, 20 September 2016

Anak Billionair Beli 8 iPhone 7 Untuk Anjingnya


VICTORIA - HONG KONG . Anak tunggal kepada lelaki terkaya di China mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharannya ketika orang ramai masih lagi bersusah payah untuk mendapatkan telefon terbaru keluaran Apple itu.

Laporan dari Dailymail menyebut, Wang Sicong menghadiahkan iPhone itu kepada anjing baka Alaskan Malamute yang dinamakan Coco.

Beberapa gambar Coco posing bersama kelapan-lapan kotak iPhone itu dimuat naik di media sosial Moments seterusnya mencetus pelbagai reaksi dari netizen.

Coco bersama iPhone 7 nya

Bersama foto itu, turut dimuat naik kapsyen "Tak pasti apa orang ramai menunjuk di Moments! Tak ada apa-apa untuk ditunjukkan, jadi saya(Coco) terpaksa mengambil tindakan".

Tahun lepas, Wang pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85 untuk anjingnya.

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai 'orang kaya generasi kedua' iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau 'tycoon' yang suka menunjuk-nunjuk.

Wang, yang juga seorang pelajar di Winchester College kini sudah bernilai lebih RM2 billion.

Apple Watch yang dipakai oleh Coco

Wang Sicong

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...