Menurut remaja itu, kejadian kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru baru-baru ini merupakan suatu ala atau malapetaka.
“Bukan nak cakap mulut jahat tapi tu la bila dah terlalu riak dan angkuh, Allah dah tunjukkan satu persatu lepas kalah AFC dan sekarang yang ini (hospital terbakar) pulak.
“Sesungguhnya Allah membenci golongan yang riak dan angkuh ni sehingga Allah kirimkan satu bala ke atasnya,” tulis netizen itu.
Dia turut mengatakan konon punca kekalahan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di tangan sebuah kelab dari negara India ketika Piala AFC baru-baru ini adalah disebabkan sikap angkuh sesetengah ‘Bangsa Johor’.
Nampak benar ada rasa tidak puas yang membuak di jiwanya.
Hakikatnya, status pemuda ini bukan sahaja tidak menghormati jenazah dan keluarga arwah, malah menunjukkan tahap mentaliti yang gamaknya gemar ‘menunggang agama’ di kala melihat kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh orang lain.
Biarpun niatnya mungkin ingin mengingatkan orang ramai, namun apabila berkait dengan kematian, ia bukan lagi urusan kita dan setidak-tidaknya pasti ada lagi perkara yang indah dan sedap untuk diungkapkan.
Bukannya seperti status yang jelas menonjolkan ciri-ciri seorang ‘ustaz segera’ yang tidak prihatin menerusi laman sosial.
Harap pemuda ini sedar dan tampil memohon maaf kepada semua pihak. KREDIT mynewshbub.
0 comments:
Post a Comment