loading...

Monday, 10 October 2016

Tiket Taman Tema Mahal? Ketahui Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Tiket Taman Tema Lebih Murah Berbanding Beli 'Walk In'


Sudah pasti ramai antara kita yang suka membawa keluarga bercuti pada hari cuti umum, banyak lokasi di Malaysia yang menarik boleh kita kunjungi.

Ramai juga yang sebenarnya ingin membawa anak-anak beriadah di lokasi-lokasi tseperti taman tema terkenal seperti Legoland, Sunway Lagoon, Bukit Gambang, Bukit Merah dan pelbagai lagi, namun kalau dilihat harga tiket masuk ke taman tema ini agak mahal dan sudah pasti untuk membawa masuk keluarga banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan.

Tahukah anda bahawa sebenarnya selain beli secara 'walk ini' anda boleh boleh berjimat untuk dapatkan tiket-tiket ini dengan harga yang lebih murah dan sah.

Hasil percubaan admin sendiri, admin telah menggunakan laman web wonderfly yang memang terbukti lebih murah daripada beli sendiri di kuanter, jadi tak salah jika admin kongsikan berita baik ini kepada semua.

SUNWAY LAGOON

Jika anda beli secara 'walk in' di kuanter, anda perlu membayar RM120 untuk dewasa namun jika anda beli di web wonderfly anda hanya perlu membayar RM90 untuk tiket dewasa dengan dapat masuk 6 Theme Park seperti

NICKELODEON THEMED LAND

SUNWAY LAGOON WATER PARK

SUNWAY LAGOON AMUSEMENT PARK

SUNWAY LAGOON WILDLIFE PARK

SUNWAY LAGOON EXTREME PARK

SUNWAY LAGOON SCREAM PARK



Gambar bawah adalah harga 'walk Ini' sendiri untuk pemegang MyKad.
Dari website Sunway Lagoon.

Jadi kita boleh jimat sebanyak RM30, jika pergi dengan keluarga seramai 5 orang maksudnya kita sudah dapat jimat sebanyak RM150. Namun anda perlu tempah sekurang-kurangnya 1 hari awal dari tarikh yang dipilih.

LOST WORLD OF TAMBUN, IPOH, PERAK


Harga 'walk ini' adalah RM72 bagi dewasa, jika anda beli secara atas talian di wonderfly, anda akan dapat menikmati harga hanya RM47.50 iaitu jimat RM24,50 di mana tiket termasuk Water PArk, Amusement Park, Toger Valley, Tin Valley, Petting Zoo dan Shot Spring & Spa.

BUKIT GAMBANG WATER PARK, Pahang


Dari web Bukit Gambang water park
Web wonderfly

Jika anda membeli tiket dengan pakej secara  'walk in' anada akan dikenakan cas sebanyak RM360 untuk 2 keping pass masuk ke water park, sebuah bilik Studio untuk dua orang dewasa penginapan 2 hari 1 malam untuk bilik studio. Jika anda membeli di wonderfly anda hanya perlu membayar RM188 untuk pakej yang sama iaitu jimat sebanyak RM172.

Bagi pakej Bukit Gambang Family Suite Room iaitu untuk 4 orang, dengan 4 keping pass masuk water park dan penginapan 2 hari 1 malam, anda hanya perlu membayar RM308 dari harga asal iaitu RM577, anda jimat RM69. klik sini. wonderfly.

HONG KING DISNEYLAND

Jika anda ingin melancong ke luar negara seperti ingin melawat Disneyland Hong Kong, anda juga boleh mendapatkan tiket yang sedikit murah berbanding harga asal di mana walaupun tidak terlalu berbeza anda masih boleh berjimat.



Harga 'walk ini' untuk seroang dewasa adalah RM288(HKS539), jika anda beli di wonderfly hanya RM269 iaitu jimat RM19, sudah pasti kita dapat berjimat walaupun sedikit, jika beli untuk 5 orang sudah pasti kita jimat hampir RM100.

Cara pembeliannya, hanya perlu Register, Book Trip Now, isi semua maklumat termasuk emel serta pembayaran dan hantar, tidak lama selepas itu anda akan dapat satu emel pengesahan, isi butir-butir dan pilih tarikh, hantar semula, dan kemudian anda akan dapat e-voucher, print dan bawa ke kuanter taman tema pada tarikh dipilih.

Sebenarnya laman web wonderfly berkenaan menyediakan banyak pakej taman tema utama dan beberapa hotel yang amat murah daripada harga pasaran termasuk di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Jadi anda bolehlah cari sendiri lokasi pilihan anda dengan harga yang lebih murah daripada harga sebenar. Rancanglah perbelanjaan anda sebaik mungkin.- Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...