Berdasarkan video 2 minit 48 saat itu, jelas sekali menunjukkan kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam keadaan stress. Malah, kanak-kanak itu menolak apabila bapanya cuba memujuk dan mengambilnya secara paksa.
Nah Ini Penjelasan Beliau
Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya. 🙏🏽 #sharewithsmf
0 comments:
Post a Comment