Namun, menedari hakikat asam garam dunia artis, dia menganggap yang perkara tersebut cuma ujian pertama bagi dirinya dalam mengejar impian menjadi 'public figure'.
Menurutnya, dia masih waras lagi dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan diri mahupun keluarga.“Ketika video itu mula tersebar di Facebook, pelbagai reaksi masyarakat dapat saya lihat. Ada yang menghentam dan menganggap saya golongan songsang.Bagi saya, mereka yang melemparkan komen negatif itu belum kenal siapa saya yang sebenarnya. Itu hanya tanggapan semata-mata dan bukannya realiti. Saya sebenarnya cukup mesra dengan kawan baik saya kerana kami memang rapat sejak dulu,” ujarnya kepada BLING!
“Video itu tidaklah keterlaluan mana pun. Kalau ia melampaui batasan, tidak mungkin saya dan sahabat itu akan memuat naik ke laman Facebook.
“Setiap apa yang saya lakukan, saya akan fikirkan sedalam-dalamnya kesan dan apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Khai.
Tag : Gay , Gossip Artis , Khai Bahar , Penyanyi , Video Artis , Video Lucah
0 comments:
Post a Comment