Pada: Ahad, 3 Julai 2016
Berita Artis, Diana Rafar, Gossip Artis, Oja, Penyanyi, Perceraian Artis, Zamarul Hisyam,
Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.
Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga."Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.
"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.
Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.
Tag : Berita Artis , Diana Rafar , Gossip Artis , Oja , Penyanyi , Perceraian Artis , Zamarul Hisyam
0 comments:
Post a Comment