Apa Kes?? Jangan Kecoh-kecoh bawa berbincang... Tinggalkan Bekas Suami Untuk Bersama Adi Putra? Baca Selanjutnya | BERITA perkahwinan kedua aktor Adi Putra dengan seorang janda anak satu sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila ia terbongkar, baru2 ini.
-Isteri kedua Adi dikatakan seorang pegawai agensi kerajaan yg juga merupakan rakan kongsi perniagaan yang diusahakan mereka bersama.Menulis, “Seorang ibu yang baik, mempunyai suami dan anak yang sempurna sifatnya, pada satu hari si ibu telah berjumpa seorang lelaki yang ternama. Lemah lembut tutur bahasanya, lunak suaranya, sopan santun tingkah lakunya dan kacak bergaya lagaknya...”
-“Si ibu menganggap lelaki ini adalah pembimbingnya yang dicari-cari selama ini. Lalu si ibu ini bernekad untuk mengubah jalan hidupnya selama ini yg dirasakan sesat dan binasa.
“Kerana nafsu si ibu berniat meninggalkan suaminya untuk berubah ke jalan yg lebih baik.
“Si suami tahu apa yg telah mengganggu fikiran si ibu ini dan berusaha menasihati agar berfikir kesan dan akibat terhadap anak yang masih kecil...
-“Namun si ibu ini lebih rela membela cinta hatinya dari anak yang masih kecil, yg masih mentah, yang masih rindukan kasih seorang ibu,” tulis lelaki tersebut...
**Luahan perasaan itu seolah-olah menggambarkan bekas isterinya sanggup meninggalkan suami dan anak demi bersama lelaki yang dipercayai mampu membimbingnya ke jalan kebenaran.
Memetik laporan media sebelum ini, isteri pertama Adi, Aida Yusof tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.
Majlis perkahwinan kedua Adi dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment