Terjejas dengan kos sara hidup kita yang semakin meningkat ramai kita yang mengeluh dengan tekanan yang diterima termasuk admin sendiri.
Tetapi tahukah anda, bahawa pekerja asing yang kita ketahui ramai antara mereka bekerja sebagai buruh sebenarnya ada yang berjaya di negara kita dan pendapatan mereka melebihi kita berkali ganda.
Bagaimana ada antara mereka berjaya? seorang perunding kewangan, Sydez Fadzil, berkongsikan apakah rahsia lelaki yang berasal daripada Bangladesh ini sehingga dia berjaya memperoleh pendapatan hampir RM100k sebulan.
Jom kita baca tulisan beliau.
Susulan kisah Nasir semalam yang ada sebuah kilang kecil, kereta Audi dan sales sekitar RM 100,000 sebulan. Ada komen yang mempertikaikan kenyataan say. Katanya mana mungkin Bangla berjaya di Malaysia sedangkan kita hidup sengsara.
Mereka ini (pendatang) bergolok bergadai untuk datang ke negara kita. mereka berjimat cermat dalam berbelanja dan mengikat perut untuk menghantar wang ke kampung. Kita mengikat perut sebab perlu bayar hutang kereta dan pinjaman peribadi.
Mereka melakukan 3 dan 4 pekerjaan Siang dan malam 7 hari seminggu tanpa cuti. Kita tak cukup dengan cuti Sabtu Ahad buka Kalendar kuda cari bila lagi ada cuti. (negara kita kaya dengan cuti umum)
Semua kerja pun mereka sapu. Potong rumput, kutip sampah, buruh binaan, orang gaji, kerja kilang, kerja ladang malah jual karpet. Orang kita? Eeeuuwww i ada degreee hokey!
Nasir dah 8 tahun tak balik Chittagong tapi kita tiap bulan pergi melancong.
Di tempat mertua saya setiap bulan warga Indonesia akan berkumpul untuk penyerahan wang kutu. Begitu juga dengan Mamak. Mereka ada persatuan. Jika ada ahli ingin membuka cawangan persatuan akan bantu. Sebab tu restoran mamak buat ubah suai kawkaw xde masalah. Orang kita baru naik papan tanda sah kena santau.
Saya tertarik dengan tulisan Dr Azizul Azli Ahmad dalam buku nya Wang Ada Di Mana " bangsa asing diajar untuk melihat wang ada dimana sahaja. Sebab itu di sini mereka boleh kaya ". Malangnya kita diajar nak wang tunggu duit BR1M dan biasiswa.
Mereka bersahaja dalam bergaya.kita sibuk dengan tudung dan jubah ada jenama.
Saya mengalukan segala tambahan maklumat dan idea baru. Jangan segan silu ek.
0 comments:
Post a Comment