loading...
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

'Bila *** FM call kata nak sponsor, dia gembira tetapi rupa-rupanya kena prank' - Netizen kecam stesen radio swasta tidak sensitif


"Ingatkan betul dapat sponsor" demikian luahan seorang lelaki yang baru-baru ini menerima panggilan prank dari sebuah stesen radio swasta. 

Menyangka benar ada pihak yang sudi menaja misinya menjelajah satu Semenanjung berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan, Zairi akur saja dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta. 

Namun, alangkah sedihnya apabila mendapati ianya hanya sekadar gurauan sahaja. 

Perkara itu mendapat perhatian rakannya, Dzul Affandi Roslan, yang terkilan dan menganggap tindakan pihak stesen radio berkenaan tidak sensitif. 


"Agak terkilan mendengar panggilan prank *** FM kali ini. Harap *** FM mohon sensitif. Sahabat saya ini dalam ekspedisi menjelajah satu Semenanjung berbasikal secara solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan. 

"Misi membayar nazar selepas berjaya mengatasi beberapa ujian kehidupan yang amat sedih dan pedih, yang saya sendiri lihat dan saya sendiri bantu. 

"Bila *** FM call buat panggilan kata nak beri sponsor, saya dengar kegembiraan pada suara sahabat saya. Dia siap buat apa yang disuruh dengan harapan betullah 'syarikat' itu nak menaja. 


Rupanya kena 'game' dengan DJ melalui panggilan prank. Shame on you *** FM!

"Buat pengetahuan semua, sahabat saya ini sehelai sepinggang dalam ekspedisi ini. Basikal pun orang beri/pinjam. Seluar basikal pun orang bagi pinjam (dengar dalam video), dengan dana yang kecil beliau berani melakukan ekspedisi ini. Buat masa ini seorang sahabat yang monitor naik motosikal.











"Jadi saya nak mengajak sesiapa yang nak beri derma, nak beri tajaan apa-apa yang sesuai boleh hubungi saya atau sahabat saya. Derma akan disampaikan kepada masjid-masjid yang dilawati dan untuk kegunaan ekspedisi. 

"Buat masa ini (18 Disember 2017) beliau menghala ke Tanjung Piai Johor. Esok akan ke Mersing, Muadzam Shah, Kuantan, Terengganu, Kelantan, masuk Thailand dan keluar padang besar, Perlis, Kedah, Penang, Perak dan habis di Selangor. 

"Yang nak bantu berikut adalah maklumat akaun bank dan nombor telefon beliau. Boleh hubungi beliau terus untuk berjumpa pada yang berdekatan. 

Norzairi Zainal
164034271991 (MAYBANK)
018-3935365
Facebook: Zairi Bin Zainal

Wednesday, 13 September 2017

Lelaki 'Pergi' Untuk Selamanya Tinggal 2 Orang Anak Masih Bersekolah Akibat Barah Paru-Paru Kerana Merokok



Lelaki dan rokok memang sukar dipisahkan. Walaupun sudah tahu keburukan merokok tapi mereka ini masih lagi menghisap rokok. Sehingga ramai di antara mereka ini menjadi perokok tegar bertahun-tahun dengan alasan sukar untuk berhenti rokok.

Rutin harian dipenuhi dengan menghisap rokok, sehari mampu menghabiskan berbatang-batang dan berkotak-kotak. Apabila disuruh berhenti atau kurangkan, sudah pasti ada sahaja jawapan dari mereka ini. Bila sudah jatuh sakit pon masih sukar lagi nak berhenti.

Ikuti perkongsian dari Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan mengenai kisah pesakitnya yang sukar berhenti merokok hingga ke akhir hayatnya.

Susah nak berhenti rokok sehingga ke akhir hayat!

Masih teringat lagi seorang pesakit lelaki, berumur 41 tahun. Beliau seorang buruh, memang kerja beliau berat. Isteri tidak bekerja. Mempunyai 2 orang anak, masih di sekolah rendah.

Beliau tidak sihat sudah lama; batuk dan tidak lalu makan. Mula-mula beliau tidak endahkan simptom beliau. Akhirnya sampai dah tak tahan sangat sebab sesak nafas, beliau datang ke hospital.


Paru-paru sebelah kiri beliau penuh air. Lihat contoh XRay pertama, sebelah paru-paru beliau putih. Maksudnya penuh air. Terpaksa dilakukan prosedur memasukkan tiub plastik ke dalam rongga paru-paru untuk mengeluarkan air (gambar ketiga). Air ini kami panggil "pleural effusion". Kalau air yang mengalir keluar dari paru-paru berwarna merah/berdarah kami panggil "haemorrhagic pleural effusion". Bila macam ini, kami kebiasaannya "suspect" barah paru-paru.


Mana tidaknya, beliau merokok sejak umur 15 tahun! Sekurang-kurangnya 20 batang sehari.
Ya Allah!

26 tahun jadi PEROKOK TEGAR!

Setelah buat ujian bronkoskopi, memasukkan kamera ke dalam corong pernafasan beliau, sahlah beliau ada barah paru-paru. Bila nampak sahaja ketumbuhan seperti di gambar kedua, kami sudah tahu. Sudah sampai ke tahap 4. Terlambat. Dah merebak.


Kehidupan beliau susah, nak mengikuti rawatan pun sukar. Anak isteri perlu sesuap nasi setiap hari. Sedih melihat beliau, masih terpaksa teruskan bekerja. Beliau tidak boleh berhenti merokok walaupun sudah sakit.

Tidak sampai beberapa bulan, beliau koma. Terpaksa dikejarkan ke hospital. Kali ini, sel barah sudah merebak ke otak beliau.

Pada hari-hari terakhir beliau di hospital, sangat sebak kami melihat isteri dan dua orang anak kecil beliau yang senantiasa berada di sisi. Tidak dapat kami bayangkan apa akan terjadi kepada mereka nanti. Ayah mereka pergi didalam usia muda, 41 tahun.

Maaf, saya tidak faham kenapa sesiapa pun perlu merokok.

1. Membahayakan kesihatan. Bukan seorang ini sahaja kami lihat. Malah hari-hari. Macam-macam kesan sampingan. Yang muda sakit jantung pun semakin ramai; 20-an dah selalu kami lihat di hospital.

2. Mohon berhenti TERUS sesiapa yang merokok. Nak berhenti perlu semangat dan kekuatan sahaja. Lihat sahaja anak-anak anda yang masih comel itu, cukup. Ramai yang bertanya: "boleh berhenti terus ke". Pendapat saya, berhenti terus lah yang terbaik. Tidak ada kesan sampingan dari sudut kesihatan.

3. Mohon kita ramai-ramai bantah kiddie pack. Apa ke benda nak jual rokok pek sebegini pulak. Dah lah tak menolong langsung, merosakkan lagi adalah. Mahu lebih ramai kanak-kanak dan pelajar muda yang akan terjebak.

Mari sertai kempen kami Kampen Bantahan Kiddie Pack

Kalau tanya pendapat saya, ban terus rokok-rokok ini.
Cukup-cukup lah.

Tak pasal-pasal risiko keluarga anda pun jadi tinggi sebab dekat dengan anda.
Tak sayang mereka ke?

#BantahKiddiePack

Pakar Perunding Perubatan

Pakar Perunding Perubatan & Respiratori (Paru-Paru)

Kesemua gambar ini di ambil dari internet, bukan gambar pesakit sebenar



Sunday, 7 August 2016

INI TIPS dari NENEk MOYANG kita iatu cara cepatkan bukaan rahim Supaya mudah bersalin yang RAMAI bakal IBU tidak PERNAH AMIK TAHU.. Bakal ibu WAJIB BACA..!!!.



Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin.

Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.

6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.



Monday, 1 August 2016

”Perlu Ke Nak Bangun Tahajud?”



”Perlu Ke Nak Bangun Tahajud?”..Ini Balasan CASH Buat Pelajar Universiti SERIK !!! | Aku dah nak masuk sem 5 insyaAllah. Nak dimulakan cerita, dulu aku lah yg paling liat nak solat. Memang tunggang terbalik. Kejap solat kejap tidak. Kadang tu sebab malas nak bukak and pakai balik tudung so aku tak solat sebab nak kena amek wuduk.
End up, sem 1-3 aku hancur. Takda lah hancur mana. Maksud aku, yelah kan, hubungan dgn Allah tak jaga. Macamana yg lain nak okay? Result aku walaupun alhamdulillah 3.0 ke atas tapi tak pernah dekan, aku study pun seminggu sebelum exam ataupun malam sebelumnya, aku tidur je banyak, nota haram tak pernah buat pun, depends on lecture notes je, dgn kawan kawan pun macam on off je kadang kadang cepat je gaduh lah masam muka lah. Pendek kata, busuk hati aku ni kuat lah sangat kan.
Sampai lah satu ketika tu, masa sem 3, ada satu hari tu aku serabut tahap dewa sangat. Sebab masa tu aku gaduh dgn roommate aku. Aku taktau nak cerita kat siapa. Aku call pakwe aku cerita kat dia sampai nangis gila gila punya nangis lah kan. Dia dengar je mulanya. Lepas aku dah habis cerita sambil nangis tu, dia tanya aku “Awak tak rasa macam something wrong ke dgn hidup awak? Tak rasa macam ada yg tak lengkap?” Oh lupa nak cakap, dia tahu perangai aku yg selalu amek mudah tentang solat ni. Bila dia tanya macamtu, aku macam terdiam kejap. Aku blur dia nak cakap pasal apa sebenarnya. Lepastu dia nasihat lah aku dia suruh aku mula drpd bawah balik, dia kata mungkin sebab hubungan aku dgn yg atas tu aku takpernah nak jaga. Sebab tu aku jadi macamni. Hari hari ada je benda yg nak diserabutkan. Padahal benda remeh temeh je pun boleh buat aku cranky sebulan dua. Mujur pakwe aku jenis sabar and faham dgn karenah aku. Dia pesan kat aku “try istiqamah solat tak tinggal seminggu, lepastu mesti awak rasa bersalah kalau tinggal solat walaupun satu waktu.”
Bila dah kena wake up call ceramah agama tu, aku terus muhasabah diri. Betul jugak apa dia cakap tu. Aku mula slow slow jaga solat aku. Setiap kali dengar azan je, menderu aku pergi toilet amek wuduk. Walaupun solat aku tak lah khusyuk mana, at least aku cuba utk jaga setiap waktu and solat awal waktu. Betul apa pakwe aku cakap. Jangankan tinggal satu waktu pun aku nak rasa bersalah, lewat setengah jam pun aku dah tak senang duduk. Alhamdulillah, thankyou banyak banyak awak 🙂 Thanks to Allah jugak sebab gerakkan hati aku melalui dia.
Then bila aku rasa aku dah okay dah istiqamah jaga solat tu, aku tambah pulak baca Quran 4page setiap kali lepas solat. Alhamdulillah okay jugak. Tenang je rasa. Tapi sebenarnya masa tu aku still rasa macam tak cukup. Aku rasa macam aku kena buat lebih lagi. Aku overthinking kot pasal ni malam tu sampai tak boleh nak tidur langsung. Mungkin ni perancangan Allah kot. Dlm pukul 4:30 pagi tu aku tergerak hati nak solat sunat. Selama ni aku share and retweet je pasal cara cara and kebaikan solat sunat ni semua tapi tak pernah nak buat pun. Malam tu aku buat. Solat sunat taubat, solat sunat tahajud, solat sunat hajat. Lepastu aku baca Quran sampai lah subuh. Masya Allah tenang sangat rasa. Terus aku rasa nak buat hari hari. Sampaikan even bila aku terlajak tidur satu malam pun, time solat Subuh tu aku macam nak nangis sebab aku terlepas qiam malam tu.
Allah dengar and tahu isi hati aku. Alhamdulillah setiap hari mudah je aku bangun pukul 4-5pagi utk qiam. Aku bukan nak riak tapi sejak aku amalkan bangun malam ni, aku rasa hidup aku tenang. Takda dah nak busuk hati dgn orang. Belajar pun mudah je. Rasa rajin pun ada, setiap malam kot aku study. Aku amalkan sepanjang sem 4, alhamdulillah result aku naik banyak haritu. Sikit lagi nak dekan tapi takpe, aku anggap takda rezeki nak merasa dekan lagi. Tapi serious weh, aku dapat rasa ni semua pertolongan yg Allah bagi sejak aku dekatkan diri aku balik pada Dia. Sampai aku pernah terfikir, kalau lah aku tahu benda baik nak jadi kat aku macamni, dah lama aku jaga solat.
Nak masuk sem 5 dah aku ni, aku harap amalan aku ni akan berterusan sampai aku grad sampai aku tua sampai aku mati. Korang doakan aku istiqamah tauu. Aku bertatih lagi ni. Sekarang, aku percaya orang cakap “kalau nak rasa keajaiban berlaku dlm hidup, jagalah solat malam”. – IIUM Confessions

Thursday, 28 July 2016

CONTOHI DATO' SERI NAJIB, BELIAU MEMIMPIN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH : DR. MASHITAH


Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama.

Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkannya. Sikap moderat Baginda, misalnya dalam soal ibadah, cukup jelas. Ketika Rasulullah SAW mendengar ada orang berkata, “Aku akan berpuasa selamanya.” Satu lagi berkata, “Aku tidak akan kahwin”. Maka Rasulullah SAW membawa mereka untuk kembali bersikap rasional dan moderat. Baginda bersabda maksudnya: Sungguh, demi ALLAH, aku adalah orang paling takut dan paling bertaqwa kepada ALLAH di antara kamu. Namun, aku berpuasa dan tidak, solat dan tidur, aku juga mengahwini perempuan. Barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.” (Riwayat al-Bukhari)

Sikap moderat Rasulullah SAW cukup menonjol dalam hal menjaga kebajikan penduduk Mekah. Dalam kalangan mereka yang baru peluk Islam dan tahap keimanan belum kuat, Nabi SAW bersabda kepada Sayidah Aishah bahawa jika tidak kerana hakikat mereka baru sahaja keluar daripada kepercayaan dan amalan jahiliyah, sudah tentu Baginda akan mengubah Kaabah, mengikut Riwayat Ahmad. Baginda tidak berbuat demikian untuk menjaga hati penduduk di situ. Beliau tumpu kepada melaksanakan amanah menyebar agama ALLAH dengan cara baik, atas dasar kasih sayang dan mendekatkan manusia kepada Tuhan mereka.

Dalam berinteraksi dengan golongan berlainan, Rasulullah SAW mengajar umat untuk berprasangka baik. Apabila kalimat Lailahaillallah diucapkan, maka kita tidak boleh berprasangka buruk, malah mesti memberi penghormatan sewajarnya kepada orang yang ucap kalimat itu.

Sebagaimana juga disebutkan dalam hadis. “Apakah engkau membunuhnya setelah ia mengucapkan Lailahaillallah?” Usamah menjawab: “Hai Rasulullah, ia mengucapkan Lailahaillallah setelah melihat pedang di atas kepalanya, kerana ia takut mati.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa tidak engkau bedah saja hatinya? Celaka engkau, bagaimana sikapmu terhadap Lailahaillallah. Apakah engkau membunuhnya setelah ucapkan kalimat itu?” (Riwayat Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar ada sahabat memanggil sahabat lain begini: “Hai Ibnus-Sauda (anak daripada perempuan hitam).” Maka Baginda menegurnya ketika bertemu. “Engkau, masih melekat dalam dirimu sifat jahiliyah.” (Riwayat Muslim). Abu Dzar faham teguran itu. Beliau pergi menemui Bilal. “Ke sini, aku mengucapkan kata-kata itu kepadamu. Aku salah,” katanya.

“Engkau telah aku maafkan.”

“Oh, tidak. Ini kening dan mukaku. Aku letakkan di tanah. pijakkan kakimu ke mukaku biar kesombongan itu lenyap dari batinku.”

“Aku telah maafkan engkau.”

“Demi ALLAH, aku tidak akan tenang, dan diriku tidak akan tenteram sebelum kau pijakkan kakimu ke pipi dan mukaku... .”

 Begitulah secebis kisah untuk renungan kita. Oleh itu, kita harus memahami falsafah kemoderatan yang sebenar, yakni petunjuk ALLAH SWT. Sikap ini dapat menyelamat dan menyucikan kita dari kepentingan sementara, malah jadi lebih seimbang dan yakin.



Wednesday, 13 July 2016

Pasangan Mati Kemalangan Jalanraya Ketika Dalam Keadaan Berzina

Foto Hiasan
Kisah benar ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy……
Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?
Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Wednesday, 22 June 2016

Cara Jawab Soalan Annoying Saudara Mara Ketika Raya Versi 2016, Memang Win!

hari raya header
Lebih kurang 2 minggu lagi je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya selepas sebulan berpuasa. Yang paling tak sabar mestilah berkumpul beramai-ramai, berjumpa sanak-saudara dan rakan-rakan. Mesti banyak yang nak dibualkan dan macam biasa la soalan wajib makcik pakcik sepupu sepapat setiap tahun mesti ada punya lah.
Yelah kalau setiap kali balik beraya asyik tanya bila nak kahwin, bila nak dapat anak, bila nak beli kereta. Haih muak jugak. Nahhh brader ni bagi cara macam mana korang nak jawab soalan cepu cemas saudara masa bila balik beraya nanti. Nak pecah perut kami gelak. Hadoi!

Hang bila nak kawin? Bila nak ada anak? Bila nak tambah anak?

IMG_0173edit
(Sekadar gambar hiasan)
Bila nak dekat Raya dan Balik kampung ni, korang bukan setakat kena bersedia dengan pakaian, makanan, dalam rumah, jamban malah korang kena bersedia dengan jawapan.
Bila balik kampung korang kena bersedia dengan soalan2 lahabat dari saudara mara.
1.HANG BILA NAK KAWIN?
Jawapan: Dah lama dah kawin. 5 tahun dah. Makcik je yang tak datang majlis kenduri saya. Tu la sibuk sangat sampai hal anak sedara pun tak tau. (sambil tunjuk gambar korang dengan artis yang telah diedit dalam phone bila dia nak tengok gambar org rumah)
2.BILA NAK ADA ANAK NI? TAK KAN BERDUA JE KOT?
Jawapan:Makcik, ada anak belum tentu akan bawak makcik masuk ke syurga. Makcik jagalah anak makcik baik2. Didiklah anak makcik dengan ilmu agama. Insaflah selagi belum terlewat dibicara didalam kubur. (Hulurkan makcik buku hadith yang dibeli di Markas Sri Petaling)
3.BERTIGA JE? BILA SI ABANG NAK ADA ADIK NI?
Jawapan: Adaaa… Adik dia masih berenang-renang mencari pintu jalan keluar. Harap tak sesat. (Bercakap sambil garu seluar)

Lama aihhh tak jumpa diaaa? Pakai keta apa la ni? Awat makin gemok ni?

crop
(Sekadar gambar hiasan)
4.LAMA AIHHHH TAK JUMPA DIAAA? DAH BESAR DAH NOOO..
Jawapan:Tu lah.. lama tak jumpa makcik. Makcik pun apa kurangnya. Makin banyak kedut dan jeragat. (terus buka bag, dan jual produk tegangkan kulit muka. Terus buat demo)
5.BALIK NAIK APA NI? PAKAI KETA APA LA NI?
Jawapan: Tumpang helikopter member. Kebetulan dia nak balik. Muat la kami 3 beranak. Kami kalau naik kereta, kesian kat yang sangkut jem. makin bertambah kereta, makin jem. (Sambil tunjuk gambar2 highway jem tanda prihatin)
6.AWAT YANG MAKIN GEMOK NI?
Jawapan: Ni bukan gemuk makcik. Ni pelampung. Makcik tau lah kan, KL tu hujan sikit je banjir. Hujan sikit je banjir. Org yg kurus mcm makcik, semua dah meninggal kat KL tu. (Sambil picit lemak2 perut makcik yang berselindung disebalik baju raya jika ada)

Kurus la tak cukup makan ka? Bila nak kaya ni?

re_05.1
(Sekadar gambar hiasan)
7.KURUS LA. TAK CUKUP MAKAN KA?
Jawapan: Terlebih makan makcik. Kalo saya, biasa 2 3 kali tambah. Saya bela jin makcik. Kalo dia x makan, die mengamuk nanti. Dia ada sebelah saya ni. (Buat2 cakap sorang2 sambil perkenalkan, “Aprit, ni la makcik saya.. say iiiii”.
8.HANG BISNES DAH LAMA, BILA NAK KAYA NI?
Jawapan: Dah lama dah kaya. Saja low profile. Eh, eh, Tony Fernandes call. Jap ye makcik. (Buat2 jawab panggilan dengan bercakap gaya Jalaluddin Hassan. Cerita pasal saham dan projek masuk)
Memang win! Mungkin korang boleh guna skema jawapan brader ni, jangan menangis kat bucu meja pulak bila tak dapat jawab. Hehehe.
sumber: Hafiz Mansor

Tuesday, 24 May 2016

Tips Cepat Hafal Al-Quran, Ibu Ini Dedahkan Cara Anaknya Yang Berusia 3 Tahun Hafaz Hampir 15 Surah


anak hafaz qurancoverAlangkah bertuahnya ibu bapa mempunyai anak yang celik Al-Quran. Bagaimanapun, ibu bapa harus sedar tanggungjawab mendidik anak untuk membaca Al-Quran bermula di rumah oleh mereka sendiri, bukan menunggu ustaz atau ustazah mengajarkannya apabila mereka masuk ke sekolah agama.
Usah khuatir, seorang ibu bernama Fatimah Mohamad Adi ini berkongsi tips anak cepat belajar membaca dan menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Mudah-mudahan boleh dipraktikkan oleh kita semua. Semoga kita semua mendapat syafaat dengan menjadikan Al-Quran sebagai amalan harian.

Celik Al-Quran Di Usia Cilik

anak-belajar-mengaji
Screenshot 2016-05-24 10.26.25

Ajar Anak Dari Awal

Screenshot 2016-05-24 10.26.56

Motivasi Ibu Bapa

Screenshot 2016-05-24 10.27.14

Ibu Beruntung Lahirkan Anak Pencinta Al-Quran

Screenshot 2016-05-24 10.28.38

Berterusan Dan Istiqamah!

Screenshot 2016-05-24 10.29.57

Teknik Praktikkan Al-Quran Di Rumah

abm
Screenshot 2016-05-24 10.30.11

Teknik Pengulangan Surah

Screenshot 2016-05-24 10.30.24

Semai Minat Anak

Screenshot 2016-05-24 10.30.55

Pasang Bacaan Al-Quran

Screenshot 2016-05-24 10.31.28

Jadikan Rumah Sebagai ‘Tadika’

family board
Screenshot 2016-05-24 10.31.43

Buat Kit Al-Quran

chart
Screenshot 2016-05-24 10.31.57

Progres Positif!

progress
Screenshot 2016-05-24 10.32.31

Bacakan Sendiri Untuk Anak

Screenshot 2016-05-24 10.32.43

Alat Bantu Mengajaralquran appsScreenshot 2016-05-24 10.33.05

Guna Kreativiti Untuk Menghafal

Screenshot 2016-05-24 10.33.18Istiqamah Dalam Usaha

Saya tidak terlepas dari amarah, letih dan kecewa dalam mendidik anak mengajarkan al-Quran. Saya masih terus belajar dan mencuba untuk anak. Saya masih mahu termotivasi dan mencabar bagi menjadi guru pertama yang mengajarkan anak-anak saya al-Quran bermula di rumah. Itulah fitrahnya manusia, bila lelah, akan terjatuh. Namun, sesudah jatuh insyaAllah akan terus-terusan menjayakan usahanya. Cukuplah motivasi Allah redha menjadi asbab utama untuk terus menjadikan projek Akhirat ini hidup di dalam kehidupan dan rumah kami, dan kita.
Jika dinilai semula, anak saya baru mendapat beberapa surah sahaja sejak bermula teknik Fasa2 sejak Oktober lepas. Sudah hampir 7 bulan berlalu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini lebih kepada sistem yang kami amalkan di rumah. Speed anak berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang slow. Bergantung kreatif ibu dan respon si anak. Untuk anak saya, Alhamdulillah nampak sekarang makin berminat, jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah. Sekarang anak menghafaz 2-3 surah sekaligus dalam satu-satu masa. Mungkin sudah ada ibu-ibu yang sudah pun bermula dengan anak masing-masing. Tahniah saya ucapkan. Mari kita terus istiqamah. Saya yakin anak-anak menjadi genius dan kreatif dengan dekatnya al-quran di hati mereka.

Masih Belum Terlambat!

Apa yang ingin saya tekankan di sini, buat kawan-kawan dan ibu-ibu hebat sekalian. Never too late. Ia terlambat jika tidak dimulakan dari sekarang, sesudah kita diberikan hidayah dan ilmu. Anak-anak kita dan generasi muda sekarang hidup membesar dalam suasana kerosakan yang masuk direct ke dalam rumah kita. Gelas yang tidak diisi sebaiknya, nescaya akan dipenuhi juga. Begitu juga, anak-anak kita yang dilahirkan dengan segala potensi yang ada padanya, jika tidak diisi dan digilap, PASTI akan ada yang menggilapkan bakatnya oleh yang lain.
Post ini bukan bertujuan meraih populariti kerana banyaknya bilangan surah hfalan anak. Ia bukan satu perbandingan atau perlumbaaan anak siapakah yang lebih baik, banyak atau bagus bacaannya. Sebab kita tak akan mampu tahu masa depan anak-anak kita. Tapi kita mampu berusaha dan berikhtiar. Saya pernah terjumpa ibu yang anaknya sudah menghafaz hampir lebih 25surah juzuk30 walaupun baru berumur 2tahun lebih. Begitu juga anak puan lina karim dan puan siti aminah yang mampu menghafazsurah2 panjang seawal usia. Anak buah sedang berusaha menghafaz juzuk 28 di kala umurnya kini baru 7 tahun. Kita pulangkan natijah semula kepada Allah. Mari kita tekankan usaha kita ini sebagai Projek Akhirat kita bermula di rumah.

Lahirkan Pencinta Al-Quran

Akhir kata, saya suka untuk membawakan kata-kata Yusuf Qardhawi sebagai motivasi terusan buat semua. Sungguhlah, “Ibu adalah Rabbatul bait”, yakni pengurus dan pengatur kepada rumahtangga dalam segala segi. Adalah FARDHU bagi ibu tersebut untuk menjalankan tugasnya mendidik dan mengasuh anak-anak di bawah jagaannya dengan segala daya dan potensi yang ada. Dan fardhu di sini membawa maksud wajib ke atas sang Ibu.
Makanya, sama-samalah kita usahakan, moga kita mampu melahirkan anak-anak pencinta al-Quran. Bukan setakat menghafaz, kita perlu naik ke level seterusnya yaitu faham dan amal juga. Satu hajat saya, jika post ini berguna, inshaAllah pohon panjangkan. Ingatlah, “Life without al-Quran, has no Light” dalam kehidupan kita sehari-harian. Moga Allah membantu kita semua ibu-ibu Malaysia dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran.
Moga post ini bermanfaat buat kawan-kawan yang bertanya dan pm saya. Moga ia juga bermanfaat buat ibu-ibu yang masih mencari arah. InsyaAllah.
P/S: Saya belanja beberapa photo yang mungkin berguna untuk dijadikan rujukan.
Moga Allah redha,
Fatimah Mohamad Adi
16hb Mei 2016
loading...
loading...