JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus.
Untuk mengikuti pandangan mazhab :
1-Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
2-Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
3- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).
4-Ulama Hanbali pula mengharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.
5-Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama’ yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat manafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syeikh Muhammad ibn Sholeh al Uthaimin (Angggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dan pakar fiqh abad ini ) pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh jika tidak ada orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
“Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta” Seterusnya Syeikh ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).
0 comments:
Post a Comment