Siapa yang dapat resist makanan sedap?
Dan siapa yang dapat menolak resepi nasi ayam istimewa.
Nasi ayam diinspirasi oleh Nasi Ayam Kak Laily Subang. Manakala perapan ayamnya pula diadaptasi daripada resepi perapan steak Me'nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.
Dua resepi istimewa ini telah digabungkan oleh Puan Rafiza Idayu, dan dikongsi di laman FB beliau. Hasilnya 10,000 orang berminat share resepi beliau dalam masa beberapa jam sahaja.
Terima kasih kepada Puan Rafiza kerana sudi berkongsi penulisan ini di MakJemah.
Ikuti penulisan beliau di bawah:
Resipi Nasi Ayam Umi
- Tip penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.
- Masak air hingga mendidih.
- Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
- Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
- Api mesti besar.
Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam. - Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan 'mewah'.
- Tip penting.Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya 'the ultimate secret' dalam pembuatan nasi ayam.Lemak paling banyak di bahagian bntt ayam.Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya.
- Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.
- Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Kiub pati ayam (optional)
- Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
- Lemak ayam
- Air rebusan ayam
- Serbuk kunyit
Rendam beras selama 15-30 minit. - The ultimate secret nasi ayam ==> Lemak ayam
- Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi. Tutup.
- Yeah… lemak sudah bertukar menjadi minyak.
- Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
- Masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.Boleh gantikan dengan daun pandan jika tiada daun salam.
- Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
- Masukkan beras dan masak sebentar.
- Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.Air ngam ngam hoi sebab beras dah kembang masa kita rendam.
- Pindahkan ke periuk nasi.
- Alhamdulillah.Cantikkan kejadian nasi ayam kita.Bolehlah mencubanya.
0 comments:
Post a Comment