Mesti anda kerap dengar si jejak mengutarakan statement seperti ” Aku tak paham lah perempuan ni! ” atau ” Perempuan sangat complicated. ” Hal ini disebabkan, kita sebagai wanita (admin pasti ramai akan agree) sekejap okay, ceria, tibatiba tak ada hujan, tak ada ribut kita merajuk, bengang dan sebagainya. Jejaki diluar sana, kami kaum hawa bukan lah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang kami luahkan bersebab, hanya kadangkala susah kami nak luahkan. Ada 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi anda perlu memahaminya. via IKAHWIN.MY
1. Perkara paling asas, si isteri perlukan kasih sayang anda.
Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.
2. Si isteri bosan.
Harihari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya. Buat lah kejutan atau sesuatu yang special buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.
3. Si isteri ingin dipuji.
Siapa tidak rasa happy bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya. Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar fashion rambutnya sematamata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan. Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri.
4. Cemburu
Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda. Si isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah katakata anda, janganlah mengores hatinya.
5. Si isteri ingin anda menjadi ketua agamanya.
Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina. Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.
6. Sebenarnya, si isteri tidak suka membebel
Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Sin isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya. Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan. Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami. Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya. Baju tu letaklah ke dalam laundry basket, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.
7. Dan akhir sekali, si isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta.
Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok. Si isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.
Admin harap, kongsian artikel ini dapat menambahkan kebahagiaan dan membantu si suami dan juga bakal suami di luar sana untuk lebih memahami pasangan anda.
0 comments:
Post a Comment