loading...

Tuesday, 29 December 2015

SAYA KEMBALI KE KELANTAN DEMI KARIER - DAUDSU

Saya kembali ke Kelantan demi karier

Daudsu kembali ke pangkuan The Red Warriors (TRW) selepas dua musim bersama JDT. 

Dalam tempoh itu, pemain berusia 30 tahun dari Kota Bharu ini jarang diberi peluang beraksi. Sebaliknya pertahanan ini kerap memanaskan badan di bangku pemain simpanan skuad Harimau Selatan. 

"Peluang saya untuk mengembalikan kegemilangan skuad Kelantan sebelum ini yang pernah kami lakukan.

"Saya nak naikkan semula nama Kelantan, bahkan pasaran saya sendiri juga.

"Sebab saya nak main bola bukan setahun dua lagi, kalau boleh lagi lama lagi bagus," terang Daudsu. 

Daudsu akui peluangnya kini lebih cerah sekalipun anggap persaingan merebut tempat bersama pasukan barunya itu tetap mencabar. 

Kehadiran Daudsu sememangnya ditagih untuk membantu Kelantan mengembalikan zaman kegemilangan TRW. Sebelum ini Kelantan membawa masuk beberapa pemain tempatan ternama antaranya Muslim Ahmad, Faizal Abu Bakar dan Abdul Manaf Mamat. 

"Mana-mana pasukan pun ada saingan, lagipun sekarang pemain muda ramai yang bagus-bagus. Saya cuba bersaing dan selebihnya terpulang kepada jurulatih untuk menurunkan saya.

"Kalau tengok atas kertas pemain-pemain Kelantan bukan calang-calang jugalah. Kebanyakkannya ada nama, yang masih bersinar juga ada, cuma saya harap dengan bantuan pemain import yang lagi bagus, Kelantan akan kembali menyinar."

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...