“Saya masih sayang Kelantan” Luah penyerang import The Red Warriors, Gilmar Jose Da Silva Filho berhubung masa depannya bersama skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.
Jose Da Silva Filho berkata, kontraknya berakhir hujung bulan ini dan sehingga kini tidak pasti sama ada khidmatnya diperlukan atau sebaliknya untuk memperkuatkan skuad pantai timur.
“Keinginan saya tinggi kekal bermain bersama Kelantan tetapi sedar mungkin sukar kerana skuad berdepan masalah kewangan.
“Saya ada keluarga di Brazil dan mereka mengharapkan sumber kewangan menyara kehidupan daripada saya yang bekerja selaku pemain bola sepak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ketika pemain yang dikenali sebagai Gilmar itu menjadi buruan pasukan lain, berbeza pula pendirian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila dikatakan tidak berminat menyambung khidmat pemain Sao Paulo, Brazil itu.
Jika itu berlaku, Kafa bakal berdepan penyesalan apabila melepaskan pemain import yang komited sekali gus mengingatkan kembali episod penghijrahan Dickson Nwakaeme ke Pahang.
0 comments:
Post a Comment