loading...
Showing posts with label Gaya Hidup. Show all posts
Showing posts with label Gaya Hidup. Show all posts

Wednesday, 16 May 2018

Rawatan Perubatan Yang Membatalkan Puasa Dan Tak Membatalkan Puasa - KKM






















Bulan puasa memerlukan kita untuk menahan diri daripada makan, minum dan melakukan aktiviti membatalkan puasa selama lebih kurang 14 jam sehari.  Pun begitu, bagi mereka yang sakit adalah diharuskan untuk meninggalkan puasa khuatir akan lebih mudarat jika diteruskan.

Puasa wajib di ganti dan sekiranya masih mahu berpuasa, perhatian yang penuh daripada doktor amat perlu terutama bagi pesakit kronik dan wanita hamil.   Secara umumnya, mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan mengikut nasihat daripada doktor.

Penggunaan Ubat Dan Alat-Alatan Perubatan Semasa Berpuasa

Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa.

Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.



Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah:
  • Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).
  • Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan.
  • Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.
  • Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
  • Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
  • Ubat jenis sapuan (krim atau salap), balutan dan plaster pada permukaan kulit.
  • Memasukkan tiub kateter melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.
  • Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit.
  • Ubat kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat terapeutik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
  • Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan daripada anggota badan.
  • Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
  • Rawatan bius setempat atau separuh.
  • Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang MEMBATALKAN puasa ialah:
  • Pengambilan ubat jenis biji dan ubat minum.
  • Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik.
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pesari) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian dan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
  • Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita.
  • Penggunaan alat seperti enema, tiub supositori, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rektum untuk pemeriksaan.
  • Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Nota: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit. 2013

Cara Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa



















Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan dan dos insulin untuk bulan Ramadan kerana ianya dapat mengelakkan paras gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah (hipoglisemia) atau terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes untuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.

Keadaan HIPOglisemia (paras gula yang rendah dalam darah)
  • Mengantuk/ Terlalu lemah
  • Amat lapar
  • Menggigil/ Menggeletar
  • Peluh dingin
  • Keliru/ Gangguan emosi/ Resah/ Gelisah
  • Pening / Mudah pitam
Keadaan HIPERglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah)
  • Sangat dahaga
  • Kerap membuang air kecil
  • Sangat letih
Segera berbuka apabila mengalami tanda-tanda sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Segera berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda masih tidak hilang atau keadaan semakin teruk.

Tip Atau Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pesakit.
  • Lambatkan waktu bersahur. Makan dengan secukupnya, kerana jika makan terlalu awal atau sedikit boleh mengakibatkan masalah hipoglisemia.
  • Percepatkan berbuka puasa. Berbuka dengan air dan makan 1-2 biji kurma untuk mendapatkan tenaga dengan segera.
  • Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib. Jangan makan berlebihan ketika berbuka.
  • Pilih makanan yang kurang kandungan gula, lemak dan garam.
  • Mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan waktu suntikan insulin yang disyorkan doktor.
  • Mengenali tanda-tanda hiperglisemia, hipoglisemia dan dehidrasi (kekurangan cairan badan).
  • Segera berbuka jika terdapat tanda-tanda yang boleh memudaratkan.
  • Keputusan pesakit untuk berpuasa harus dibincangkan dengan doktor. Pengawasan, pendidikan, penjagaan diri serta pengubahsuaian jadual pemakanan dan ubat-ubatan dapat membantu pesakit mengawal penyakit semasa berpuasa. Jika panduan dan syarat dapat dipatuhi, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat dan ianya tidak menjadi halangan besar bagi pesakit untuk berpuasa.

Maklumat ini hanyalah sebagai panduan umum. Mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam hal berkaitan pengambilan ubat-ubatan serta status batal dan tidak batal puasa dalam penerangan yang diberikan. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza antara mazhab atau pendapat. Sehubungan itu, informasi yang diberikan ini adalah berdasarkan pandangan hukum daripada mazhab Syafie dan panduan berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.


Sumber: MyHealth


Tuesday, 19 December 2017

'Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!' - Suami berang dan tengking isteri kerana dicaj RM275 untuk beli barang keperluan


Malang nasib seorang isteri apabila dia ditengking suaminya di hadapan orang ramai gara-gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi bajet si suami. Bukan saja diaibkan, malah ditinggalkan pula si isteri dan dua orang anak kecil di kaunter itu dengan duit RM150. 

Alangkah zalim dan dayusnya suami yang tidak guna seperti ini. Kasihan si isteri terpaksa menanggung malu. Semoga si suami sedar akan kesilapannya dan bertaubat sebelum terlambat. 

ASSALAMUALAIKUM admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata. 

Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya. 

Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami? 

"Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!" si suami menengking isterinya di depan orang ramai. 


Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu. 

Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja. 

Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, "Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya." Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, "Takpe dik,". Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua. 


Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai. 

Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami. 

Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min. 

'Bila *** FM call kata nak sponsor, dia gembira tetapi rupa-rupanya kena prank' - Netizen kecam stesen radio swasta tidak sensitif


"Ingatkan betul dapat sponsor" demikian luahan seorang lelaki yang baru-baru ini menerima panggilan prank dari sebuah stesen radio swasta. 

Menyangka benar ada pihak yang sudi menaja misinya menjelajah satu Semenanjung berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan, Zairi akur saja dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta. 

Namun, alangkah sedihnya apabila mendapati ianya hanya sekadar gurauan sahaja. 

Perkara itu mendapat perhatian rakannya, Dzul Affandi Roslan, yang terkilan dan menganggap tindakan pihak stesen radio berkenaan tidak sensitif. 


"Agak terkilan mendengar panggilan prank *** FM kali ini. Harap *** FM mohon sensitif. Sahabat saya ini dalam ekspedisi menjelajah satu Semenanjung berbasikal secara solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan. 

"Misi membayar nazar selepas berjaya mengatasi beberapa ujian kehidupan yang amat sedih dan pedih, yang saya sendiri lihat dan saya sendiri bantu. 

"Bila *** FM call buat panggilan kata nak beri sponsor, saya dengar kegembiraan pada suara sahabat saya. Dia siap buat apa yang disuruh dengan harapan betullah 'syarikat' itu nak menaja. 


Rupanya kena 'game' dengan DJ melalui panggilan prank. Shame on you *** FM!

"Buat pengetahuan semua, sahabat saya ini sehelai sepinggang dalam ekspedisi ini. Basikal pun orang beri/pinjam. Seluar basikal pun orang bagi pinjam (dengar dalam video), dengan dana yang kecil beliau berani melakukan ekspedisi ini. Buat masa ini seorang sahabat yang monitor naik motosikal.











"Jadi saya nak mengajak sesiapa yang nak beri derma, nak beri tajaan apa-apa yang sesuai boleh hubungi saya atau sahabat saya. Derma akan disampaikan kepada masjid-masjid yang dilawati dan untuk kegunaan ekspedisi. 

"Buat masa ini (18 Disember 2017) beliau menghala ke Tanjung Piai Johor. Esok akan ke Mersing, Muadzam Shah, Kuantan, Terengganu, Kelantan, masuk Thailand dan keluar padang besar, Perlis, Kedah, Penang, Perak dan habis di Selangor. 

"Yang nak bantu berikut adalah maklumat akaun bank dan nombor telefon beliau. Boleh hubungi beliau terus untuk berjumpa pada yang berdekatan. 

Norzairi Zainal
164034271991 (MAYBANK)
018-3935365
Facebook: Zairi Bin Zainal

'Cukuplah dua abang, ayah basuh hari-hari' - Kisah kedai RM2 ini buat netizen sebak dan terasa


Sentiasalah beringat, di kala kita terasa susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita. Usahlah merungut di atas setiap perkara yang ada kekurangannya, sebaliknya hargailah apa yang ada dan manfaatkan. 

Kisah yang dikongsikan oleh puan ini,  bukan sahaja memberi pengajaran buat dirinya, malah buat kita semua agar sentiasa bersederhana dan tidak berlebihan sehingga menguris hati orang lain. Semoga perkongsian Puan Intan ini memberi manfaat kepada kita semua.

AWAL minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat saya nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak 'grab' mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM24 satu, belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak.

"Tak cukup bajet ni." 

Usai beli barangan dapur saya bergegas keluar mengejar masa. Hati teringatkan Adam di rumah.

Pergi ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

"Murah agaknya ni. Ramai orang n," bilang saya pada diri sendiri. 

Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam, risau ada terlupa dicatat. Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM13-RM23. Alhamdulillah, mampu milik. 

Lalu saya yang cerewet membelek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

"Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?" beliau cuba membantu.

"Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik." jawab tibu sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk dan kata, "Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya."

Sedang tibu asyik membelek-belek, kedengaran perbincangan antara dua orang di lorong sebelah saya rasanya, suara wanita. 

"Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya."

"Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambiklah sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak," kata lelaki itu, suami wanita berkenaan.

"Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso. Takyah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi," balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan, cuma dipisahkan oleh rak baju sahaja.

Saya capai tiga pasang uniform dan tinggalkan pasangan itu. Tak sanggup mendengar yang selebihnya. Usai membayar, air mata saya dah mula bergenang. Ya Allah di balik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi di luar yang sudah lama jerih, sudah lama pedih. Allahu.

Saya pergi ke 'pit stop' akhir. kedai eko RM2. Berhajat nak mendapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh, ramai 'yak mat' umat manusia. Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati saya ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

"Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong itu sebab murah. RM2 saja kan?" bisik pada hati.

Diambil tiga pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping 'pampers' yang di pek semula.

"Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain," kata wanita itu kepada lelaki sebelahnya.

Allahu sekali lagi sayup dalam hati. Hari ini Allah kirimkan dua pasangan ini untuk saya pelajari sesuatu tentang kehidupan. Di dalam rintihan kita, Allah ajarkan bahagia itu ada pada jiwa yang syukur setiap apa adanya. Ada orang, yang hari-hari bergelut untuk hidup dengan apa yang dia tak ada. Sedang kita yang hari-hari mengeluh dengan apa yang kita ada.

Bapa Pelajar Nafi Mahu Saman Cikgu Azizan, Kenyataan Isterinya Itu Cuma Salah Faham


20 Dis - Bapa kepada murid yang ditampar Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, menafikan pihaknya akan memfailkan saman terhadap guru terbabit, susulan keputusan mahkamah semalam..

Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.

"Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP)," katanya

Menurutnya juga, dia sekeluarga amat tertekan dan trauma sekarang. Tumpuannya adalah mahu pulih daripada segala tekanan terlebih dahulu.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin pada oktober lalu.


Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai mas berkata kecewa dengan keputusan mahkamah dan sedang menimbang untuk memfailkan saman sivil terhadap guru tersebut.

Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu dia belum bersedia untuk memberikan penjelasan.

Namun, katanya lagi pihak keluarga mngkin akan mengadakan sidang media hari ini.

Isu 'Cikgu Azizan' mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.

Sumber: Harian Metro

Wednesday, 13 September 2017

7 Tempat Menarik Untuk Makan Cendol di Malaysia


Bila datang hari panas, kelembutan dan kehijauan cendol akan mula memberi signal kepada minda untuk berhenti seketika di gerai-gerai cendol berdekatan supaya boleh menghilangkan rasa kering di tekak.

Tapi cendol bukannya sejenis makanan yang dimakan tiap-tiap hari, jadi bila rasa nak makan tu, haruslah pilih yang mana terbaik.

Jadi berdasarkan pengalaman dan kata-kata orang sekeliling serta media sosial, kami bawakan antara 7 tempat menarik untuk makan cendol.

1 - Mel's Corner Cendol Durian, Batu Caves

Bagi yang berada berdekatan dengan Batu Caves, bolehlah singgah di Mel's Corner Cendol Durian. Kedainya tidak besar, tapi rata-rata pengunjung memberikan komen yang positif tentang rasa cendolnya.

Ini rupa cendol dia.


Nampak kuning-kuning tu? Itulah keistimewaan cendol di Mel's Corner.

2 - Cendol Din, Shah Alam

Tempat ni antara port yang terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar di Shah Alam. Tapi sebelum dapat rasa cendol dia, kena faham erti kesabaran sebab perlu beratur panjang dulu.

Apa yang menarik pasal cendol Din ni adalah kuahnya berwarna putih teruk! Sangat menyelerakan.



3 - Coolblog, dimana-mana


Jadi, kalau anda tiba-tiba mengidam nak makan cendol, anda boleh pergi ke mana-mana Coolblog berdekatan dan order cendol.

Bunyinya memang sedikit rare tapi Coolblog memang ada menyediakan dessert tempatan. Selain Cendol, mereka juga ada sediakan ABC, Teh Tarik Ais dan lain-lain. Lagi best, cendol durian pun ada diorang jual.

Ni rupa cendol diorang.



Hasil survey kami di media sosial, yang pernah cuba cendol Coolblog ni kata cendol dia sedap. Penulis sendiri pun pernah cuba, memang sedap.


Terasa nak makan cendol? Cuma perlu buka Google Maps dan search Coolblog saja. Tak perlu bawa kereta jauh-jauh lagi.


4 - Cendol Bakar, Kuala Selangor



Kalau siapa-siapa yang pernah datang sini pasti tahu betapa penuhnya kedai ni sehinggakan ada 'drive-thru' diwujudkan bagi memudahkan pelanggan datang membeli cendol.

Rasanya ramai dah tahu macam mana sedapnya cendol ni, jadi tak perlu nak jelaskan lagi.

5 - Cendol Durian Raja Alang, Kampung Baru, KL

Lagi-lagi durian. Tapi nak buat macam mana kan? Durian memang sinonim dengan cendol. Selepas pulut, cendol-lah yang paling sesuai dimakan bersama durian.

Satu lagi destinasi cendol sedap adalah di Cendol Durian Raja Alang di Kampung Baru, KL. Boleh tahan beratur juga cendol ni.




Lainnya Cendol Durian Kampung Baru ini adalah mereka juga ada sediakan servis penghantaran yang akan dibungkus siap-siap dalam cawan, tapi dalam cawan tu akan ada buah durian. Slurrp.

6 - Professor Cendol, Gong Badak, Terengganu

Professor Cendol di Gong Badak pernah menjadi viral disebabkan taktik jualannya iaitu bayar RM 2 dan makanlah cendol sampai kenyang! Selain Terengganu, Professor Cendol turut membuka cawangan-cawangan di tempat lain. Difahamkan terdapat 15 cawangan di seluruh Malaysia.


Nak tahu dimana Professor Cendol berdekatan anda, cepat-cepat buka Google Maps dan search 'Professor Cendol'.


7 - Cendol Pulut Jalan Chowrasta, Penang

Geng-geng Penang tak sah kalau tak pekena Cendol Pulut Jalan Chowrasta ni. Gerai Cendol Pulut, Jalan Chowrasta ni terletak di sudut Jalan Chowrasta penang.

Cari papan tanda macam dalam gambar dibawah ni:

Foto: weekendnotes
Menurut penulis weekendnotes, gerai Cendol Pulut ini pandai mengimbangi bahan-bahan di dalam cendolnya.

Hasil dari kesempurnaan itu, lahirnya cendol yang betul-betul tepat pada rasanya, sehingga anda perlu makan ke titisan yang terakhir - termasuklah kacang merah dia.


loading...
loading...