loading...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Sunday, 6 May 2018

Ujian urin negatif, Uqasha dilepaskan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama dengan 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600, lapor Kosmo!
Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, didapati negatif dadah dan kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.
“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia, manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Uqasha yang dihubungi oleh pihak Kosmo tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu dan berjanji akan menghubungi mereka semula.
“Saya akan hubungi semula,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Uqasha yang memandu kereta Range Rover terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda BRV yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi.
Susulan kemalangan itu, polis bertindak menahan Uqasha yang berada dalam keadaan mencurigakan dan dibawa ke balai untuk siasatan.
Pemeriksaan rapi ke atas pelakon itu menemukan enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemuanya mempunyai 53 biji pil dadah dalam beg tangan Chanel miliknya.
Semakan terkini mendapati, Uqasha telah menutup ruangan komen dalam setiap postnya di Instagram.
BERITA BERKAITAN:  

Khayal, Langgar & Miliki Bahan Terlarang Uqasha Senrose Ditahan Polis?

Khayal, Langgar & Miliki Bahan Terlarang Uqasha Senrose Ditahan Polis?

MH terkejut apabila menerima satu kiriman mesej dari rakan terdekat kami apabila memberitahu kakak kepada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose telah ditahan oleh pihak polis!
Lebih mengejutkan, Uqasha dikatakan dalam keadaan khayal di tempat penumpang tengah hari tadi.
Melalui mesej yang kami terima, seorang pemandu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Range Rover putih yang dipandu oleh seorang wanita yang dalam keadaan khayal.
Apabila tiba di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, pihak berkuasa telah membuat spot chek dan mendapati wanita berkenaan memiliki 6 keping aliminium foil warna merah yang disyaki dadah jenis Erimin.
FAKTA KES
PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST ****** BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4 TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH NO ** JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN ** **** * YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: V** ***3. SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.KONST/****** TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL ****** ******* MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL. SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.
Butir-butir Tangkapan :
No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : ************
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : *********** SUBANG JAYA SELANGOR
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan
Aduh apa dah jadi ni? MH rasa macam tak percaya je. Apapun kita tunggu kenyataan rasmi daripada ahli keluarga Uqasha sendiri dan pihak bertanggungjawab.

Tuesday, 19 December 2017

'Bila *** FM call kata nak sponsor, dia gembira tetapi rupa-rupanya kena prank' - Netizen kecam stesen radio swasta tidak sensitif


"Ingatkan betul dapat sponsor" demikian luahan seorang lelaki yang baru-baru ini menerima panggilan prank dari sebuah stesen radio swasta. 

Menyangka benar ada pihak yang sudi menaja misinya menjelajah satu Semenanjung berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan, Zairi akur saja dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta. 

Namun, alangkah sedihnya apabila mendapati ianya hanya sekadar gurauan sahaja. 

Perkara itu mendapat perhatian rakannya, Dzul Affandi Roslan, yang terkilan dan menganggap tindakan pihak stesen radio berkenaan tidak sensitif. 


"Agak terkilan mendengar panggilan prank *** FM kali ini. Harap *** FM mohon sensitif. Sahabat saya ini dalam ekspedisi menjelajah satu Semenanjung berbasikal secara solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan. 

"Misi membayar nazar selepas berjaya mengatasi beberapa ujian kehidupan yang amat sedih dan pedih, yang saya sendiri lihat dan saya sendiri bantu. 

"Bila *** FM call buat panggilan kata nak beri sponsor, saya dengar kegembiraan pada suara sahabat saya. Dia siap buat apa yang disuruh dengan harapan betullah 'syarikat' itu nak menaja. 


Rupanya kena 'game' dengan DJ melalui panggilan prank. Shame on you *** FM!

"Buat pengetahuan semua, sahabat saya ini sehelai sepinggang dalam ekspedisi ini. Basikal pun orang beri/pinjam. Seluar basikal pun orang bagi pinjam (dengar dalam video), dengan dana yang kecil beliau berani melakukan ekspedisi ini. Buat masa ini seorang sahabat yang monitor naik motosikal.











"Jadi saya nak mengajak sesiapa yang nak beri derma, nak beri tajaan apa-apa yang sesuai boleh hubungi saya atau sahabat saya. Derma akan disampaikan kepada masjid-masjid yang dilawati dan untuk kegunaan ekspedisi. 

"Buat masa ini (18 Disember 2017) beliau menghala ke Tanjung Piai Johor. Esok akan ke Mersing, Muadzam Shah, Kuantan, Terengganu, Kelantan, masuk Thailand dan keluar padang besar, Perlis, Kedah, Penang, Perak dan habis di Selangor. 

"Yang nak bantu berikut adalah maklumat akaun bank dan nombor telefon beliau. Boleh hubungi beliau terus untuk berjumpa pada yang berdekatan. 

Norzairi Zainal
164034271991 (MAYBANK)
018-3935365
Facebook: Zairi Bin Zainal

Wednesday, 31 August 2016

'Selepas berkahwin, saya akan menutup aurat ' - Uqasha Senrose


Setelah diasak pelbagai kritikan, kecaman dan komen negatif dari banyak pihak akibat tindakannya membuka tudung, Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan kepada media mengenai keputusannya membuka tudung.

Dan pastinya ini komen dia yang mengejutkan yang korang bakal baca. Tapi soal bertudung ni sepatutnya, Uqasha boleh rujuk dengan Ustazah atau pakar motivasi untuk membuat keputusan yang lebih baik, tak gitu?

“Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat”

“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung”

“Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya kepada Berita Harian Plus


Monday, 22 August 2016

Tiada Kepuasan Sebagai Lelaki Kalau Beristeri Sikit - Kata Datuk RED

Tak cukup lagi nampaknya dengan dua bini, katanya suami pada Adira mahu tambah lagi kuota isteri dalam masa dua tahun lagi.
Tak tahulah apa lagi yang tak cukup pada Adira dan isteri pertamanya, DS Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red katanya belum puas beristeri.
Memang tak salah berbini banyak jika sudah mampu.., tapi kalau berkahwin lebih dari satu hanya semata-mata kerana nafsu, itu sudah lari dari konsep berpoligami.
Tambah-tambah pulak jika lelaki berkahwin lebih hanya bertujuan menunjuk-nunjuk dan berbangga. Mungkin itu bukan niat Datuk Red, tapi siapa tahu kann..
Datuk Red, 38, berkata sudah menjadi lumrah lelaki sepertinya tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, merangsang beliau beristeri empat pada usia 40 tahun.
“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.
“Saya hendak buat versi baru [pelawak] Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, [isteri] nombor satu masih 30, bergetah lagi.
“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya kepada media.
Datuk Red, bernikah diam-diam penyanyi Siti Adira Suhaimi pada Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Norshafila Hassim.
Memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu, pemaju hartanah ini bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila penyanyi Dewi Cinta disahkan hamil 10 minggu.
Selain berhasrat beristeri empat, tambah Adnan, beliau juga berhasrat dikurniakan 20 orang anak dan, jika boleh, separuh daripadanya lelaki.
“Saya sasar 20 orang anak. Bin Adnan saya hendak 20 orang. Impian saya dalam 20 itu, mungkin 10 orang lelaki.
“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya.
Adnan tidak meletakkan ciri-ciri khusus wanita yang mahu menjadi bakal isterinya, cukup sekadar mereka menghormati madu sendiri.
Katanya, wanita berkenaan juga perlu patuh pada arahan suami dan tidak cenderung pada pandangan sendiri.
“Saya hendak isteri ketiga hormat nombor satu dan nombor dua, sudah cukup. Itu yang saya hendak.
“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung kerana saya tahu semuanya..” kata Datuk Red.

Wednesday, 13 July 2016

Johan Raja Lawak Disaman Polis Kerana Memandu Laju, Namun Alasannya Sangat Mengejutkan Abam Polis

Foto Hiasan

Johan Raja Lawak Disaman Polis Kerana Memandu Laju, Namun Alasannya Sangat Mengejutkan Netizen. Akibat memandu melebihi had laju yang ditetapkan maka Raja Lawak terkenal tanahair Johan dan Isterinya Ozlyn di saman polis, Namun apa yang paling sensasinya iala jawapan yang diberikan oleh johan kenapa dia terpaksa memecut sangat melucukan dan tidak dapat diterima Ozlyn.

Alasan Johan untuk mengelak disaman adalah bukti kukuh mengapa dirinya layak dinobatkan sebagai pelakon komedi paling popular tanahair..

Sumber: instagram ozlyn

Thursday, 9 June 2016

INILAH ADIK BERADIK 8 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA YANG ANDA TAK PERNAH PERASAN! TAPI PERNAH TENGOK...SIAPAKAH MEREKA??? . NO 3 PALING TAK SANGKA.





Pasti ramai yang tidak pernah perasan di kalangan selebriti tanah air kita terutama pelakon kebanyakkan di kalangan mereka adalah adik beradik. Jom kita lihat adik beradik selebriti popular tanah air kita.

1. Pierre Andre & Mikail Andre






.Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. 

.Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.



2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof





>Kedua-duanya memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem. 

.Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.



3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy 





>Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil. 

>Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.



4. Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong






.Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. 


.Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.



5. Eira Syazira & Syafnida 





>>Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama di televisyen. 

.Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.



6. Farid Kamil & Fadzil Zahari





.Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. 

.Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem “Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.



7. Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah 





>Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. 

>Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.



8. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad





.Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. 

>Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.
loading...
loading...