12 Mei - Setelah beberapa hari Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, hari ini beliau dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mendapat kata putus untuk menformasikan menterikabinet yang baharu dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu telah disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Astro Awani tersebut.
Tun Mahathir hanya mengumumkan 3 Menteri untuk 3 Kementerian dan selebihnya Pakatan Harapan masih lagi belum membuat keputusan untuk meletakkan calon terbaik memegang jawatan tersebut.
Menteri-menteri yang telah diumumkan adalah seperti berikut:
Tun Mahathir Mohamad - Perdana Menteri
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail - Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin - Menteri Dalam Negeri
Lim Guan Eng - Menteri Kewangan
Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan
Tun Mahathir juga telah menubuhkan Majlis Penasihat yang dianggotai oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Robert Kuok, Tun Daim Zainuddin, Hassan Merican dan KS Jomo.
0 comments:
Post a Comment