Kuala Lumpur: Sejak semalam tersebar bebrapa keping gambar dan video menunjukkan sekumpulan pelajar telah didenda duduk atas jalan tar kerana datang sekolah lambat menyebabkan ada ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, tindakan yang dilakukan berkenaan adalah tidak wajar.
"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
Tambahan beliau lagi, beliau menyatakan tindakan itu adalah agak keras dan tidak wajar dilakukan di mana beliau menyatakan seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.
Seorang waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan yang dihubungi oleh pihak Harian Metro berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.
Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.
"Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment