Perkara sebegini bukanlah asing bagi pengguna jalan raya, mungkin setiap dari anda pernah mengalami perkara sebegini, paling kurang sekali. Dan, bila berlaku, mulalah memikirkan untuk tukar cermin dengan segera, kerana takut akan pecah berderai, serta tidak mahu retakan tersebut menggangu pemanduan.
Alternatif yang diambil adalah dengan membawa ke bengkel untuk menukar dengan yang baru, kerana risau perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi, ramai yang tidak tahu, cermin kereta yang retak, masih boleh dibaiki, tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak, atau 'claim' insurans.
Dengan hanya menggunakan peralatan dan barang yang mudah untuk didapati dari kedai perkakas, anda sudah boleh menghilangkan retakan yang ada pada cermin hadapan kereta anda, hanya dalam masa 2 jam sahaja, jom ikuti langkahnya menerusi video di bawah.
- Siakap Keli
0 comments:
Post a Comment