loading...

Thursday, 3 November 2016

Tak Faham Bahasa Sangatkan, Nah Ini Makan Dia. Denda Terbaik So Far!

Memandangkan hukuman seperti bayaran denda tidak berkesan kepada segelintir masyarakat di China, jadi mereka terpaksa mengguna konsep reverse psychology bagi mendenda pesalah jalan raya.

Polis di selatan China mendenda pemandu yang menggunakan lampu tinggi semasa memandu dengan mengarahkan mereka untuk merenung cahaya lampu itu selama satu minit. Selain denda itu, mereka juga turut didenda 300 Yuan.

Hukuman ini pernah dijalankan pada tahun 2014 namun mendapat kritikan ramai. Namun ia dilaksanakan semula baru-baru ini.

Pada tahun lepas, Polis trafik di Shenzhen juga pernah menjalankan hukuman kepada penjalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal trafik lalu lintas sekiranya mereka enggan membayar denda yang dikenakan.

Nampaknya, kebanyak netizen bersetuju dengan tindakan yang dilaksakan semula pihak polis ini dan mereka menganggap ianya sebagai pengajaran kepada pemandu yang selfish.

Sumber: Siakap Keli

Previous PostPreviousNext PostNext

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...