loading...

Thursday, 10 November 2016

Suami Punya Pasal Tak Jaga Mulut!!.... Alyah Pulak Yang Jadi Mangsa...


Beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap peminat setia penyanyi Elly Mazlein sekiranya masih terus menyerangnya di laman sosial. 

Selain dikecam hebat di laman intagramnnya, Alyah turut  menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman. 

Tetapi setakat ini dia masih boleh bersabar kerana menganggpa ia cuma perkara kecil sahaja.

 Laporan Harian Metro menyebut Alyah tentang ancaman terhadap dirinya

“Sekiranya ada pihak cuba mengugut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” 

 Pada Ahad lalu Elly Mazlein telah membuat satu keputusan drastik untuk meninggalkan program Gegarvaganza  Musim ke-3 pada minggu keempat selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati. 

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan peminat Elly. 

 Alyah berkata, insiden itu telah menyebabkan dia menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon. 

 “Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami. 

 “Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya. 

http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...